Followers

Monday, July 9, 2012

Ini Kah Maruah Pemimpin Yang Dikatakan Najib ?

 
Majoriti ulama berpendapat hukum mengundi adalah wajib dan ia berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu menjadi saksi bahawa calon yang undi adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkompromi dengannya. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh mesti dilakukan melalui pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihan raya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara. Gua cilok dari sini


So apa kata ulama umno, kalau setakat ulama yang ilmu agama sebesar kuku jangan nak menyebok, yang ilmu agama setakat suam-suam kuku baik diam, yang mana kutu solat pun tak cukup celam celup baik takyah nak sibuk nak meroyan kata pandai ilmu agama. Sebelum ni bukan main hentam Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan isu tangguhkan haji jika pilihanraya pada musim haji, yang disuruh tangguhkan pergi haji tu calon dan yang berkait rapat dengan jentera pilihanraya, tak de pun sebut pengundi kena tangguh pergi. tapi dah dasar putar alam orang cerita lain pusing abis beb.


Jangan jadi macam kutu sekor ni, kononnya nak menonjolkan diri sebagai ulama yang tahu tentang Islam habis semua diceduknya perkataan arab supaya nampak cun bila berucap wasatiyah la, akhlak la, hudud la, kesucian Islam yang terbaru cakap lebat beb "NAK JADI PM MESTI BERMORAL".

Agaknya ni la moral wastiyah tengkorak dia tu

bercakap pasal moral ni mesti la berkaitan dengan nilai-nilai murni, kalau tengok gambar atas tu kira murni ke, banyak lagi gambar yang gua boleh keluarkan tapi buat kotor blog je. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.