Melayu
bodoh telah disebabkan kumpulan etnik utama tunduk kepada
tuntutan-tuntutan kumpulan minoriti, yang termasuk pengiktirafan
kerajaan terhadap sijil TARC (Kolej Tunku Abdul Rahman), kata bekas
Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Dia
berkata pengiktirafan itu adalah untuk mendapatkan undi daripada orang
Cina yang secara tidak langsung seolah - olah mencadangkan kepada Datuk
Seri Najib Abdul Razak, bahawa populariti nya sudah merundum. Apakah
pendirian MCA atau Gerakan terhadap kenyataan ini apabila UMNO menjangka
kedua-dua pihak untuk menyampaikan undi bagi orang Cina untuk BN?
Adakah
Mahathir yang sekian lama bertapa di UMNO sedar apakah perasaan ribuan
pelajar miskin yang belajar di TARC?Mereka merupakan pelajar yang tidak
mendapat tempatdi mana-mana institusi pengajian tinggi awam di negara
ini.
Kenyataan
Mahathir bukan sahaja menyakiti hati orang Cina tetapi juga telah
meletakkan Najib dalam keadaan serba salah. Najib tahu bahawa Mahathir
mampu melumpuhkan karier politiknya.
Kenyataan
tidak bijak Mahathir ditambah pula sikap berdiam diri Najib, hanya akan
menjadi euforia sementara bagi MCA. Graduan KTAR tidak boleh terlalu
yakin bahawa sijil mereka kini akan diiktiraf tanpa pertelingkahan
akibat perbezaan pendapat daripada puak-puak ekstrim UMNO. Ia sebenarnya
adalah gimik pilihan raya oleh Najib untuk mengumumkan "berita baik"
untuk KTAR, yang kini telah bertukar menjadi "berita buruk" untuk MCA.
Untuk
mengiktiraf sijil KTAR akan mengambil masa yang panjang dan tidak
mungkin akan selesai pun selepas pilihan raya. Ia mungkin tidak akan
menjadi kenyataan apabila pelbagai alasan boleh direka-reka kemudian
untuk menafikan pengiktirafan ini.
Malangnya,
pengiktirafan dan menarik semula pengiktirafan kolej-kolej adalah cara
UMNO menafikan peluang kaum minoriti dalam pendidikan dan peluang
pekerjaan dengan kerajaan. Pada tahun 2005, kerajaan Malaysia menarik
semula pengiktirafan terhadap ijazah perubatan CSMU (Crimea State
Medical University).
Pada
masa itu, terdapat kira-kira 1118 pelajar Malaysia yang mengikuti
kursus di pelbagai peringkat di universiti dan mereka kebanyakannya dari
kaum bukan Melayu.
CSMU
dikenali dengan pendidikan berkualitinya dan setakat ini telah
menghasilkan lebih 50 000 graduan perubatan yang telah mendapat
pekerjaan di seluruh dunia.Mereka telah memenuhi standard sekolah
perubatan dengan nisbah satu pensyarah kepada 10 orang pelajar dan
dengan fakulti dan kemudahan kelas pertama.
Tidak
ada tempoh tangguh yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada CSMU,
tetapi, Universiti Malaya telah diberi notis lima tahun sebelum
penarikan semula pengiktirafan ijazah perubatan oleh Majlis Perubatan Am
United Kingdom pada awal 80-an.
Penolakkan
pengiktirafan CSMU memberi gambaran tidak baik kepada kerajaan
Malaysia, kerana ia memberi kesan kepada ribuan rakyat Malaysia yang
kebanyakannya bukan Melayu belajar di universiti yang mantap perubatan
ini.
Kemarahan
dan kekecohan tentang pengiktirafan sijil KTAR adalah lagak ngeri
publisiti politik untuk pilihan raya. MCA berharap akan memenangi undi
kaum Cina dengan "pengesahan" oleh Najib. Tetapi ‘Bos tua’ telah tampil
ke hadapan dan mengambil langkah dengan memanggil orang Melayu bodoh
kerana mempertimbangkan untuk mengiktiraf sijil KTAR.
Dia
adalah tidak lain bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir yang dilaporkan
telah berkata bahawa Melayu "bodoh" kerana mahu mengiktiraf sijil TARC.
Kenyataan itu menunjukkan semangat fobia kaum sekaligus sikap perkauman,
dan tamparan kepada Najib dan MCA.
Ia
bukanlah suatu yang bijak bagi seorang lelaki yang telah memerintah
negara selama 22 tahun sebagai PM untuk membuat satu kenyataan yang
bersifat perkauman yang keji dan tidak masuk akal. Tetapi ini adalah
skim tipikal politik untuk mendapatkan sokongan Melayu pada UMNO dan
dalam kes ini untuk menafikan KTAR apa yang sudah sekian lama sepatutnya
menjadi hak mereka. Kenyataan yang cukup keji dari bekas seorang PM dan
apa pulak pendirian Najib di atas isu ini?
Najib
dilihat sebagai PM yang lemah dan juga terkenal kerana dasar flip-flop.
Dia takut jika Mahathir berubah fikiran terhadapnya sama seperti apa
yang dilakukannya kepada Abdullah Badawi, Perdana Menteri kelima negara.
Kemungkinan besar, Najib akan mengikut kata Mahathir. Apa tidaknya, PM
"de facto" sekarang ialah Mahathir dan bukan Najib!
Mahathir
sebenarnya menarik tali menguasai Najib sehingga dia menjadi bisu. Isu
pengiktirafan KTAR, telah menjadi penipuan politik dan MCA hanya perlu
duduk dan menonton drama ini sehingga ke penghujungnya.
"Kenyataannya
yang tidak matang dan sama sekali tidak rasional datang daripada
seorang bekas Perdana Menteri negara yang telah memerintah selama 22
tahun membuat rakyat memandang rendah kepadanya," kata seorang pengundi
Cina. Dia tidak layak untuk bercakap bagi mana-mana pihak pada usia
sebegitu, "katanya.
Tetapi
orang Cina tidak bodoh sama sekali. Orang Cina tahu bahawa rancangan
kerajaan untuk mengiktiraf sijil KTAR adalah tidak lebih daripada helah
untuk membeli undi. Setelah selesai pilihan raya, seluruh isu akan
disapu di bawah karpet.
Semua
drama ini hanya membuktikan bahawa di bawah BN, dasar pendidikan
sentiasa ditentukan oleh politik UMNO. Ini telah bertambah buruk sejak
1981 apabila Mahathir mengambil alih sebagai PM.
Orang
Melayu bukanlah "bodoh" tetapi pemimpin mereka telah menjadikan mereka
fikir bahawa mereka memang "bodoh". Orang Melayu hari ini sudah bijak.
Terdapat juga orang Melayu yang berpendapat selepas 55 tahun merdeka,
tiada kolej atau sekolah-sekolah di negara ini perlu diwujudkan untuk
satu-satu kaum sahaja.
Mereka bukan hanya mahu bersaing dengan bangsa mereka sendiri tetapi dengan pelajar kaum lain juga dalam bidang pendidikan.
Generasi
Melayu sekarang sudah keluar dari kepompong lama yang dibuat oleh
pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka kini mudah memahami apa yang dilakukan ke
atas mereka oleh UMNO.Mereka pandai, pintar dan telah mencapai kemajuan
berfikir sejak merdeka.
Retorik
perkauman yang hina dan pertelingkahan angkara Mahathir telah
menunjukkan bahawa dia tidak pernah menjadi seorang pemimpin yang
ikhlas. Ini semua adalah kepura-puraan sepanjang tempoh perkhidmatannya
sebagai PM sehingga ke hari ini.
Atas
sebab inilah selain UMNO, terdapat sekurang-kurangnya dua parti-parti
politik lain yang mewakili mereka sekarang, PAS dan PKR. Mereka inginkan
perubahan yang UMNO tidak boleh berikan kepada mereka.
KTAR
telah ditubuhkan pada 24 Februari 1969 dengan sokongan Persatuan Cina
Malaysia (MCA). Kolej yang beroperasi dengan subsidi daripada Kerajaan
Malaysia sebanyak 50 peratus untuk perbelanjaan modal, 50 peratus lagi
ditanggung oleh Pemegang Amanah. Kerajaan sememangnya patut memberi
subsidi kepada Kolej kerana orang Cina juga membayar cukai pendapatan.
Kolej ini telah dinamakan selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman, musuh politik Mahathir pada suatu masa dahulu.
KTAR
tidak mempunyai kuota kemasukan dan terdapat pelajar daripada pelbagai
latar belakang etnik. Pelajar Cina yang miskin, Melayu, India dan Orang
Asli juga turut belajar di Kolej ini. Ia bukanlah sebuah institusi
Bumiputera sahaja seperti UiTM. Hartawan Cina, Melayu dan India tidak
akan menghantar anak mereka ke KTAR.
Hanya
golongan miskin yang akan masuk ke institusi ini kerana yuran
pengajiannya yang murah. Mengapa perlu Mahathir bersikap begitu terhadap
pengiktirafan sijil KTAR?
Mahathir
memang anti kepada kaum Cina kerana dia mempunyai tanggapan bahawa
dengan mengiktiraf sijil KTAR ini akan memberi kelebihan kepada
pelajar-pelajar Cina untuk mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan.
Adakah
terdapat sebarang perbezaan di antara perakuan yang dikeluarkan oleh
universiti awam dan KTAR? Mengapa hanya graduan dari universiti awam
sahaja yang mendapat pekerjaan dengan kerajaan?
Ini jelas merujuk
perkauman dan diskriminasi. Walau bagaimanapun, adakah dia sedar bahawa
graduan KTAR lebih berminat untuk bekerja di sektor swasta daripada
mengharapkan pekerjaan dengan sektor kerajaan?
Mahathir
boleh yakin bahawa kebanyakan orang Cina tidak akan peduli untuk
memohon pekerjaan dalam sektor awam di negara ini, kerana terdapat
peluang yang sangat tipis kepada mereka untuk berjaya.
Apakah
Mahathir tidak pedulikan perasaan golongan miskin di kalangan bukan
Melayu?
Orang-orang Cina yang miskin tetapi berkelayakan telah dinafikan
tempat di universiti dan kolej awam telah memberi peluang untuk mereka
melanjutkan pelajaran mereka di KTAR. Begitu juga dengan orang Melayu
yang mendaftar di UiTM.
Tahukah
dia bahawa pemegang diploma KTAR adalah yang paling dicari oleh sektor
swasta berbanding dengan pelajar diploma dari kolej-kolej lain di
Malaysia?
KTAR
mempunyai reputasi, kerana inilah kebanyakan graduan mereka diperlukan
dan dimahukan dalam sektor swasta. Kebanyakan syarikat menggaji graduan
KTAR kerana prestasi kerja yang cemerlang. Mereka terbukti mempunyai
budaya kerja yang baik, disamping boleh bertutur dalam bahasa Melayu,
Inggeris dan Cina.
Malah,
permintaan bagi graduan ini begitu tinggi sehingga ramai yang telah
direkrut oleh syarikat walaupun belum mendapat keputusan peperiksaan
akhir lagi. Ramai yang telah pergi untuk melanjutkan ijazah mereka dan
kini bekerja di sektor swasta yang ditubuhkan di dalam dan luar negara.
Diploma
Lanjutan KTAR dalam Sains, Diploma Lanjutan Pengajian Perniagaan dan
Diploma Lanjutan Perdagangan diiktiraf amat sesuai untuk melanjutkan
Ijazah Kepujian di Sheffield Hallam University UK dengan kredit. KTAR
telah banyak mengadakan hubungan kerjasama dengan universiti-universiti
di UK termasuk Sheffield Hallam University, Liverpool John Moores
University dan Birmingham City.
Tidak
boleh dinafikan, graduan KTAR sememangnya berkualiti. Pelajar-pelajar
miskin yang tidak mampu mendapatkan pendidikan di tempat lain telah
mendapatkannya di KTAR dengan bantuan beberapa orang kaya Cina dan juga
kerajaan. Tetapi sekali lagi Mahathir fobia yang orang Melayu tidak
boleh bersaing dengan Cina dalam bidang pendidikan.
Apa
yang telah dilakukannya sebagai Perdana Menteri di negara ini selama 22
tahun untuk memajukan orang Melayu? Dia tidak berfikiran praktikal
kerana menganggap orang Melayu berfikiran lembap dan inilah yang telah
mencacatkan sistem pendidikan di negara ini.
Dasarnya
yang menyempitkan pemikiran orang Melayu di institusi Melayu sahaja
telah menjadikan ramai orang Melayu yang telah lulus tanpa mampu
bersaing dengan kaum lain dan mereka akhirnya mencari pekerjaan dalam
perkhidmatan awam. Ramai graduan Melayu tidak mampu untuk menguasai
bahasa lain selain daripada bahasa Melayu.
Inilah
merupakan dilema orang Melayu pada hari ini yang disebabkan oleh
pemimpin UMNO, terutamanya Mahathir. Jika pemimpin UMNO telah melakukan
sesuatu yang cukup untuk orang Melayu, mereka tidak perlu bimbang jika
kaum minoriti akan mengatasi keupayaan majoriti dalam pendidikan.
"Ia adalah dasar pendidikan UMNO yang gagal dan memberi malang kepada orang Melayu," kata seorang pendidik tempatan.
Mahathir,
bagaimanapun, tidak perlu menabur fitnah kepada orang Melayu sekarang.
Masyarakat Melayu pada masa ini tidak perlu mengeksploitasikan hak
majoriti mereka untuk mengukuhkan kuasa atas sebab-sebab yang
mementingkan diri sendiri. Tanggapan ramai orang Melayu terhadap UMNO
adalah rasuah dan kekurangan akauntabiliti dari segi kewangan yang telah
melemahkan daya saing negara.
Ia
bukan lagi politik Melayu lawan Cina, tapi politik bagi
kumpulan-kumpulan Melayu yang sudah bijak pandai. Adalah lebih baik jika
Mahathir fokus untuk berdiskusi tetang endemik rasuah yang telah
melumpuhkan UMNO dan bukannya membazirkan masa mempolitikkan pendidikan.
Pada
zaman Mahathirlah rasuah dan penyalahgunaan kuasa mencapai tahap yang
tidak pernah disaksikan sebelumnya. Dia sebenarnya telah merosakkan UMNO
sehingga tidak boleh dipulihkan semula.
Orang
Melayu sekarang juga boleh melihat standard pendidikan yang jatuh pada
hari ini. Ia semua akibat dasar flip-flop UMNO yang telah merosakkan
kualiti pendidikan, beberapa ahli politik yang lebih berminat dalam
agenda peribadi mereka sendiri daripada masa depan negara.
Mahathir
malangnya masih berada pada zaman lampau dimana orang Melayu masih
ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Dengan
majoriti yang memegang kuasa tidak bermakna bahawa mereka akan
didiskriminasi oleh kaum minoriti. Jika Mahathir masih anggap bangsa
Melayu hanya boleh kekal melalui dasar pendidikan yang mediskriminasi,
maka dia telah gagal memajukan orang Melayu setelah 22 tahun tempoh
pemerintahannya.
Mahathir
tidak mempunyai perasaan belas kasihan.
Beribu-ribu pelajar miskin yang
bijak di Malaysia yang tidak mendapat tempat di universiti dan kolej
awam yang dimiliki oleh kerajaan kerana "faktor bangsa" telah mendapat
tempat di KTAR dan beberapa kolej swasta yang lain.
Mahathir
tidak perlu bimbang. Orang-orang Cina tidak akan mengambil kerja yang
dimaksudkan untuk orang Melayu dalam perkhidmatan awam. Mereka cukup
berdaya tahan untuk terus hidup. Mereka hanya memerlukan pendidikan
supaya mereka boleh berdiri di atas kaki mereka sendiri.
Begitu
sahaja, Mahathir telah memanggil Melayu "bodoh".
Tetapi dialah lelaki
yang telah melemahkan bangsa Melayu dengan melaksanakan dasar pendidikan
yang memutarbelitkan menyempitkan orang Melayu dalam institusi Melayu
sahaja. Mahathir tidak boleh digelar sebagai seorang yang bijak dalam
arena politik di negara ini. Dia mencipta UMNO Baru dan juga menyebabkan
orang Melayu berpecah-belah.
Rasa
ingin tahu di kalangan kebanyakan orang Melayu sama ada Mahathir adalah
seorang Melayu yang sebenar menjadi persoalan yang paling utama dalam
hati kecil mereka.
Ramai
yang tahu semasa dia memasuki sekolah perubatan di Raffles Institution,
Singapura dia menyatakan dirinya dalam borang permohonan sebagai
berbangsa "India". Anehnya, dia kemudiannya telah berubah menjadi
seorang Melayu demi politik dan kini berpura-pura menjadi lebih Melayu
daripada orang Melayu yang sebenar.
Apabila
dia mengambil alih tampuk kerajaan pada tahun 1981, dia mahu menjadikan
Malaysia lebih hebat berbanding Singapura tetapi dia tidak mempunyai
kebijaksanaan dan intelektual serta kepintaran sebenar untuk berbuat
demikian. Dia juga gagal untuk mengubah pemikiran orang Melayu.
Mahathir
telah menjadi duri dalam daging bukan sahaja kepada orang Cina tetapi
bagi seuruh rakyat di negara ini.Kenyataan bersifat perkaumannya
mengenai isu sijil KTAR telah menyakiti hati ramai kaum Cina. Orang
Melayu juga turut tidak gembira.
Sumber : Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.