Kata Dr Abdul Rani, jika Hasan mengatakan dirinya profesional, beliau
tidak seharusnya menetapkan tarikh untuk berdebat sesuka hati.
“Kalau nak berdebat perlu ada persetujuan kedua-dua pihak. Saya tidak pernah bersetuju untuk berdebat dengannya.
“Dia dah dipecat baru sibuk-sibuk nak turun padang. Bila dah tak
ramai orang datang nak dengar ceramahnya dia cuba mencari isu lain untuk
menonjolkan dirinya semula,” katanya dalam sidang media di luar Dewan
Negeri Selangor hari ini.
Sebelum ini, Dr Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya Pas Selangor,
dilaporkan menghantar surat kepada Dr Rani yang menetapkan tarikh dan
tempat lokasi debat tersebut tanpa mendapat persetujuan Dr Rani.
Debat yang bertajuk ‘Dimanakah Hala Tuju PAS Selangor’ yang
dianjurkan JATI dijadual berlangsung pada 11 Julai ini di Meru, Klang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Dr
Hasan seharusnya mengajak beliau berdebat kerana permasalahan antara
mereka belum selesai.
“Dia sendiri dah menuduh saya parasit dalam PAS dan saya sendiri
mempunyai isu-isu mengenai JATI”, kata Khalid di dalam sidang media yang
sama.
Khalid berkata, beliau bersedia untuk berdebat dengan Dr. Hasan
sebagai jalan terbaik untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan
oleh Dr Hasan.
“Saya sendiri dimaklumkan Sinar Harian sudah berusaha mengaturkan
debat diantara saya dan Dr. Hasan sejak dari bulan Februari lagi.
“Namun beliau tidak bersetuju atas alasan majlis shura JATI tidak
membenarkan untuk beliau berdebat,” katanya yang juga Timbalan
Pesuruhjaya III Pas Selangor.
Katanya, debat yang dianjurkan oleh Dr.Hasan merupakan tindakan
terdesak JATI bagi meraih sokongan kerana tiada sambutan terhadap
‘roadshow’ persatuan itu.Selangorku
PASPB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.