Geng kekawan aku ada buat poll siapa calon yang sesuai untuk DUN-dun Negeri Perak.... seperti digambar bawah...
Banyak
yang sokong Nizar, dalam pencalonan tersebut, aku pula sokong Puan
Roha Ketua Muslimat PAS Lumut,,, kenapa aku aku tak sokong Nizar?... Ha
ha ha..... Hak aku lah nak sokong sapa pun...
Bagi
aku, PAS jangan dok ikut stail UMNO,,, lihat pemimpin UMNO,,, sampai
mereput dok tunggu kerusi satu-satu itu sahaja, contoh Parlimen Pekan,,
daripada dulu kini selamanya kat Pekan tu lah...
PAS
kena ikut stail DAP luaskan pengaruh,, lihat Lim Kit Siang,,, dari
Melaka hingga ke satu Semenajung di mana ada kelompok Cina ia akan
bertanding, ada ketika beliau kalah, dan ada kalanya menang, dan
akhirnya mereka berjaya dapatkan negeri Pulau Pinang...
DS
IR Nizar sekarang ni pun dah jadi ikon rakyat,, letaklah kat mana pun
yang mana PAS ada potensi untuk menang, semua pengundi dah kenal
dengan beliau, jadi tak ada masaalah buat diri beliau,, secara tak
langsung muka-muka baru dalam PAS dapat diketengah dalam arena politik.
Aku
ada dengar ura-ura yang belum sahih kata putusnya, kononnya DUN Pasir
Panjang akan diletakkan calon import, kalau nak letak letak calon
import lebih baik PAS Perak letak Artis wanita Abby Abady yang dah pun
jadi ahli seumur hidup PAS, kami petugas PAS Lumut pun rasanya tak
teruk nak bekerja keras, sebab guna pakai calon import ikon selebriti
masyarakat
PAS
Lumut sekarang dah ada kekuatan tersendiri tanpa bantuan mana-mana
pun, hasil kerja keras mereka-mereka yang diamanahkan... Jadi apa yang
aku impikan, kalau DS Nizar tidak diletakkan di kerusi DUN Pasir
Panjang,, ikutlah senarai calon-calon yang dicadangkan oleh PAS
Lumut...
Aku
mewakili dari suara-suara sahabat-sahabat ahli PAS Lumut,
Mereka-mereka semua dah puas dah bekerja keras,, masing-masing ada
keinginan mahukan kemenangan dengan identiti calon
tersendiri..Tolonglah fahami hasrat hati kami di sini... .
Pakkaramu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.