TASEK GELUGOR: Pengerusi
Bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk A. Samad
Said yakin rakyat akan turun ke jalan raya dengan jumlah lebih ramai
dari Bersih 3.0 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihanraya
Umum ke-13 nanti hasil penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Maka
sebab itu, katanya Bersih cuba mencadangkan agar semua lapan tuntutan
Bersih 3.0 diterima dengan sebulat suara demi masa depan negara seiring
dengan zaman kebebasan untuk rakyat bersuara.
"Itu
saja jalannya,” jawab beliau ringkas terhadap soalan sekiranya PRU13
memihak kepada Barisan Nasional (BN) apakah tindakan rakyat selanjutnya
yang ditanya oleh seorang peserta Program Rakyat: Ke Arah Pilihanraya
Bersih yang diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth semalam.
Katanya,
daripada lapan tuntutan Bersih 3.0 hanya satu tuntutan ditolak oleh
Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) iaitu berkaitan masa kempen yang panjang
kepada 21 hari dengan alasan tempoh tersebut terlalu lama.
Walau bagaimana pun tempoh kempen yang sebelum ini 7 hari dilanjutkan kepada 10 hari.
Namun,
ujarnya cadangan yang dikemukakan oleh PSC ke Parlimen seolah-olah
tidak mendapat perhatian, maka tiada jalan lain melainkan rakyat
beramai-ramai turun ke padang atau jalan raya bagi menyatakan tidak
setuju dengan perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.