Followers

Saturday, July 21, 2012

AWAS !!! Mungkin Ada Yang Akan Ditangkap Untuk Kuatkan Skrip PRU13

 
Najib dan Presiden Negara China
Beberapa hari lepas Ketua Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Kebangsaan E2 (M) Mohd Sofian Md Makinuddin mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. 

Itu buat semua orang gelak, sebab orang dah tahu taktik yang digunakan umno serta sekutu mereka menjelang pilihanraya, bila ada saja cerita komunis, filem bukit kepong dan filem-filem perang zaman british diulang tayang , tu tanda la nak mengundi.

Kemudian Hishamuddin main selamat bila ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa cina, katanya dia tidak ada maklumat dan tidak tahu, bagaimana seorang menteri yang bertanggungjawab boleh tidak tahu, pelik tu. 

Hari ini dia dah tukar pulak dah, dia kata perkara ini perlu diberi perhatian serius, “Kalau menjejaskan keselamatan nasional, perkara ini kita pantau setiap hari sama ada melalui Cawangan Khas (SB) atau Unit Tindakan Khas (UTK),” kata Hishamuddin dan menambah,”jika ia berkisar kepada keselamatan, bukan sahaja perlu kemukakan bukti tetapi polis kena ambil tindakan.” katanya.

Ini nampaknya macam sesuatu akan dilakukan, mungkin ada yang akan ditangkap dan dituduh nanti supaya skrip nampak "real", biasalah benda ni normal di malaysia, nanti akan ada la kononnya orang yang disyaki terlibat, kemudian utusan dan TV3 suku akan main berulang kali.

Entah-entah nanti panda yang dibela najib pun akan ditangkap jugak kerana dituduh sebagai perisik komunis dan menjual maklumat ketenteraan pada negara luar,.. kah..kah..kah.

Macam-macam hal malaysia ni, sebab umno terlalu takut, banyak la skrip tak logik keluar... blogger kaki fitnah umno PapaGomo boleh tolong tokok tambah cerita lepas ni. 

Korang percaya ke propaganda terbaru umno ni.?
 
 
Tukang Lawan




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.