Najib dan Presiden Negara China |
Beberapa
hari lepas Ketua Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Kebangsaan E2 (M)
Mohd Sofian Md Makinuddin mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan
elemen komunis cuba meresapi DAP.
Itu
buat semua orang gelak, sebab orang dah tahu taktik yang digunakan umno
serta sekutu mereka menjelang pilihanraya, bila ada saja cerita
komunis, filem bukit kepong dan filem-filem perang zaman british diulang
tayang , tu tanda la nak mengundi.
Kemudian
Hishamuddin main selamat bila ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa
cina, katanya dia tidak ada maklumat dan tidak tahu, bagaimana seorang
menteri yang bertanggungjawab boleh tidak tahu, pelik tu.
Hari ini dia dah tukar pulak dah, dia kata perkara ini perlu diberi perhatian serius, “Kalau
menjejaskan keselamatan nasional, perkara ini kita pantau setiap hari
sama ada melalui Cawangan Khas (SB) atau Unit Tindakan Khas (UTK),”
kata Hishamuddin dan menambah,”jika ia berkisar kepada keselamatan,
bukan sahaja perlu kemukakan bukti tetapi polis kena ambil tindakan.” katanya.
Ini
nampaknya macam sesuatu akan dilakukan, mungkin ada yang akan ditangkap
dan dituduh nanti supaya skrip nampak "real", biasalah benda ni normal
di malaysia, nanti akan ada la kononnya orang yang disyaki terlibat,
kemudian utusan dan TV3 suku akan main berulang kali.
Entah-entah
nanti panda yang dibela najib pun akan ditangkap jugak kerana dituduh
sebagai perisik komunis dan menjual maklumat ketenteraan pada negara
luar,.. kah..kah..kah.
Macam-macam
hal malaysia ni, sebab umno terlalu takut, banyak la skrip tak logik
keluar... blogger kaki fitnah umno PapaGomo boleh tolong tokok tambah
cerita lepas ni.
Korang percaya ke propaganda terbaru umno ni.?
Tukang Lawan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.