Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan dua pemimpin
berpengaruh di Sabah, sebagai titik peralihan dalam senario politik
negara kali ini.
Ketua Pembangkang itu berkata, kesabaran rakyat sudah memuncak manakala
pemimpin dalam BN sendiri sudah bosan dipermainkan pucuk pimpinan.
“Ini turning point (titik peralihan) dalam politik negara. Kali ini,
kita akan bantu kemenangan Pakatan dengan menumbangkan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah
(APS) di Tuaran di sini, hari ini, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.
APS yang diterajui Wilfred Bumburing adalah gerakan masyarakat
Kadazan-Dusun-Murut (KDM) yang menyokong Pakatan Rakyat untuk mentadbir
Sabah dan memerintah Malaysia.
Terdahulu, Wilfred pada majlis sama mengisytihar keluar dari BN dan menyokong Pakatan.
Selepas majlis itu, Anwar akan bertolak ke Beaufort untuk menghadiri
majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Lajim
Ukim.
Lajim – Ahli Parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Kabinet, mengumumkan
peletakan semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongannya kepada
Pakatan Rakyat malam tadi.
Sekaligus mencalar imej Perdana Menteri Najib Altantuya yang tidak
berani datang ke Sabah sebaliknya mengarahkan timbalannya, Muhyiddin
Yassin memantau keadaan di sana tetapi malangnya misi tersebut gagal dan
pulang ke Kuala Lumpur malam tadi juga.
Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah, penyertaan Wilfred dan Lajim
ke dalam entiti Pakatan Rakyat atas platform masing-masing membuktikan
tsunami politik akan terus membadai politik Sabah dengan beberapa nama
besar lain seperti Osu Sukam, Joseph Pairin Kitingan dan pemimpin suku
kaum Bajau berkemungkinan besar akan menurut jejak langkah mereka.
Najib Altantuya setiap kali terbang ke Sabah hanya tahu berjanji dan
mengumumkan projek untuk kroni, sebaliknya dia gagal memahami hasrat
rakyat negeri ini yang mahukan satu penyelesaian konkrit terhadap satu
isu yang membelenggu mereka sejak 30 tahun lalu - Pendatang Asing Tanpa
Izin (PATI).
Perletakan jawatan dua pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) Sabah dari
parti tersebut memberikan tamparan hebat pada ketika parti pemerintah
itu sudah bersiap-sedia untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13.
"Episod terkini pemberontakan terbuka pemimpin BN Sabah tidak
menyenangkan Najib yang selama ini mendakwa Sabah adalah 'simpanan
tetap' BN.
“Kejatuhan BN akan datang lebih cepat daripada kemudian dan tidak dapat
dielakkan," kata setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua.
Sebentar tadi bekas timbalan ketua menteri (TKM) Sabah, Wilfred
mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai
Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui Angkatan Perubahan Sabah (APS)
yang baru ditubuhkan.
Semalam, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Lajim yang
juga ahli majlis tertinggi Umno meletakkan semua jawatan dalam Umno dan
BN.
Kedua-dua ahli politik itu menubuhkan gerakan politik baru yang mesra PR
— Bumburing melancarkan APS di Tuaran manakala Lajim akan melancarkan
Pakatan Perubahan Sabah (PPS) di Beaufort petang nanti.
Menurut Pua, Bumburing dan Lajim telah kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib Altantuya sebagai pengerusi BN.
“Kekuasaan Najib Altantuya semakin goyang setiap hari, terutamanya
selepas menangguhkan pilihan raya yang sepatutnya diadakan tahun lepas
lagi,” kata Pua kepada The Malaysian Insider hari ini.
Adalah dipercayai hasrat dan pandangan Lajim langsung tidak didengar
Najib Altantuya yang tidak bersungguh mahu menyelesaikan masalah PATI
melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja Bebas (RCI) sejak Oktober tahun
lalu tetapi gagal dilaksanakan sehingga ke hari ini.
Walaupun Lajim dikatakan rapat dengan Naib Presiden Umno-APCO, Shafie
Apdal yang bernafsu besar menjadi Ketua Menteri menggantikan musuh
ketatnya Musa Aman, ia tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang sukar
buat Anwar mengemudi kelibat Lajim kerana beberapa perkara penting sudah
dipersetujui termasuk terma dan syarat selepas Pakatan Rakyat berjaya
membentuk kerajaan persekutuan kelak.
Begitu juga dengan Wliferd yang turut menandatangani perjanjian dengan
Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat dalam majlis petang tadi di sebuah
restoran di Tuaran yang dihadiri lebih 10 ribu penduduk setempat yang
teruja dengan penyertaan pemimpin mereka bersama dengan kerajaan menanti
itu.
Najib Altantuya kini dikatakan sangat terdesak mempertahankan simpanan
tetapnya di Sabah walaupun laporan Bernama malam tadi kununnya beliau
tenang dan sudah menduga tindakan Lajim sebagai sesuatu yang perlu
dijadikan cabaran buat BN menafikan hasrat Pakatan Rakyat amnya.
Cadangan pembubaran parlimen yang dijangka pada bulan hadapan dan
pilihanraya umum pada September pasti akan dikaji semula kerana jika
tersilap langkah, Najib Altantuya akan menjadi bukan setakat perdana
menteri paling singkat dalam sejarah tetapi langsung tidak memperolehi
mandatnya sendiri sepanjang memegang jawatan tersebut!
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.