KUALA
LUMPUR 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli
anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San
Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.
“Jadi,
kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir,
Mokhzani,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.
Anwar
juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir
apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari
Petron.
“MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh,” katanya, sinis.
Ketua
Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama
lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.
“Dasar
ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini
Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan
Obama takut, balik rumah takut.
Anwar
juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk
menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa
kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ini
membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno ‘berikrar’ mahu
membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji
kerana mereka mendahulukan kroni.
“Bukan
tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup.
Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.
“Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.