BACHOK: Tindakan nekad pemuda Umno menyertai PAS secara beramai-ramai telah memberi kekuatan baru kepada kebangkitan PAS di Bachok.
Majlis
ceramah di Kampung Cherang, Kuchelong malam tadi yang dihadiri Tuan
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudi menerima borang keahlian daripada
seramai 262 orang yang terdiri daripada pemuda-pemuda Umno yang
diketuai Che Azmi Che Ibrahim.
Che
Azmi dalam ucapannya menyatakan bahawa sebab mereka bertindak
meninggalkan Umno yang telah berpuluh tahun sebagai ahli telah melihat
kepincangan dan penyelewengan pemimpin Umno dan BN yang mementingkan
peribadi masing-masing bukan untuk membela kebajikan rakyat.
Majlis
ceramah juga diserikan dengan kehadiran Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah
Sheikh Ismail yang membuat beberapa pendedahan terbaru yang hangat
diperkatakan termasuk kes Scorpene.
Beliau
turut mengulangi desakan supaya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr
Awang Adek Hussin disiasat secara telus dan adil terhadap beberapa
penyelewengan yang didedahkan sebelum ini.
Turut
hadir ialah kepimpinan PAS kawasan iaitu Yang Dipertua, Datuk Omar
Mohamed, Ustaz Hassan Mahmud (timbalan) dan Abdul Aziz Kadir (naib).
Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary ketika dihubungi mengulas perkara itu melahirkan kesyukuran.
“Saya
mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan kejayaan program ceramah pemuda
Umno masuk PAS ini dan selepas ini kita akan adakan lagi program
penyerahan borang seperti ini dari masa ke semasa, kerana ramai lagi
yang jumpa dengan saya kalangan pemuda Umno yang menyatakan hasrat
menyertai PAS,” katanya
Apabila
ditanya apa reaksi pemuda PAS terhadap gelombang kesedaran dalam
kalangan pemuda, beliau berkata pihaknya memandang positif.
“Kita
memandang positif tentang perkara ini dan menyeru kepada semua para
pemuda khususnya, untuk bersama-sama dengan PAS dan PR bagi melangkah
bersama membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya.
“Ini
juga petanda yang kita insya Allah boleh kekalkan kemenangan di
ketiga-tiga Dun dan juga boleh pertahankan kemenangan PAS di Parlimen
Bachok,” tegasnya.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.