Followers

Friday, June 8, 2012

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT MENUTUP AURAT

Kamal Ummi  
  Allah taala berfirman dlm surah an nur ayat 30-32 yg bermaksud: Katakanlah kepada orang Mukminat: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang zahir sahaja. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya. 

Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau anak-anak saudara laki-laki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau sesama wanita, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka tersembunyi. 

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung. Dalam 3 ayat ini Allah Taala mengarahkan supaya setiap wanita yang beriman mestilah menutup aurat. Menutup aurat adalah perkara yang asasi dan wajib. Menutup aurat bukan pilihan. 

Dalam Islam kewajipan ini bermula dari waktu akil baligh lagi. Seluruh isteri Nabi Muhammad saw menutup aurat. Tidak ada seorang pun daripada isteri Nabi Muhammad saw yang ada alasan untuk tidak menutup aurat. 

Bagi Nabi Muhammad saw jumlah isterinya adalah seramai 12 orang dan kesemuanya menutup aurat dan berjilbab lagi. Nabi Muhammad saw adalah pembesar Kota Madinah dan seluruh isterinya adalah menutup aurat. 

Inilah contoh yang sebenar. Menurut Imam Malik aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali mata. Itu sebab kita melihat kebanyakan wanita Arab berjilbab. Kita hanya melihat wanita Arab pada matanya sahaja. Menurut Imam Syafie pula aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. 

 Inilah yang diamalkan di kebanyakan negara dan wanita Islam. Kedua-dua Imam menyatakan bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuhnya. Maka pakaian wanita mestilah bersesuaian dengan syarat tidak menunjukkan bentuk tubuh. Wanita UMNO memang tidak beriman dan beramal dengan ayat ini. 

Hampir keseluruhan wanita UMNO adalah berselendang atau tidak menutup aurat. Kalau menutup aurat pula menunjukkan bentuk tubuh badan dengan pakaian kebaya yang ketat. Pada UMNO hal elwal agama adalah hak peribadi. Tiada kaitan dengan perjuangan. Ini lah kesesatan. Apakah wanita UMNO wanita muslimah mithali? 

Jauh sekali. Kalau hal bertudung yang sangat asas pun gagal dipatuhi oleh wanita UMNO maka apakah hal-hal Islam yang lebih besar wanita UMNO bersedia mempertahankannya. Beriya-iya wanita UMNO mempertahankan kalimah Allah. Tetapi dirinya sendiri melanggar perintah Allah. 

Wanita UMNO nak mempertahankan nama Allah sahaja tetapi melawan Allah dalam segenap bidang kehidupan. Wahai makcik-makcik di kampung, kakak-kakak yang masih menyokong UMNO, bebaskanlah diri anda daripada kesesatan ini. 

Meremehkan hal yang berkaitan dengan tudung adalah termasuk perkara munafik dan berdosa kerana ia adalah perintah Allah. Isteri PM sendiri tak bertudung. Fikir-fikirkan..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.