Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini, Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS.Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan borang keahlian daripada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengah hari tadi.Yusof Hassan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasal dari Parit Buntar Perak dan berhijrah ke Selangor kira-kira 30 tahun yang lalu.
Selepas dua tahun berkhidmat dalam Kerajaan Pulau Pinang di bawah
pentadbiran Koh Tsu Koon, Yusuf berpindah ke Jakim kerana beliau
merasakan tidak serasi dengan Ketua Menteri terbabit yang dilihat
terlalu BN.Ekoran itu, beliau hanya bertahan selama dua tahun sahaja
dengan kerajaan Pulau Pinang sehingga akhir 2004.
"Saya berasal daripada
keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan
kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara
rasmi saya masuk PAS," katanya.
Penyerahan borang keahlian PAS hari ini,
Yusof menyifatkan apa yang disyaki oleh rakan-rakan sekerjanya sebelum
ini adalah tepat."Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang
PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka
tidak ada bukti. Jadi hari inilah buktinya.
Tuduhan rakan-rakan saya
adalah benar," katanya.Beliau yang baru enam bulan bersara daripada
Jakim, mengakui ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu
menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi.
Bagaimanapun beliau
menafikan penyertaannya dalam PAS hari ini ekoran fenomena ramai
individu termasuk artis dan selebriti secara terbuka menyertai parti
Islam itu."Tidak, bukan kerana ramai yang mula menyertai PAS, saya pun
masuk PAS.
Sebenarnya hasrat itu sudah lama lahir dari lubuk hati saya,"
katanya.Turut bersama ketika penyerahan borang keahlian itu, Setiausaha
Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor,
Sallehen Mukhyi serta beberapa wakil PAS Selangor. -Hrkh
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.