PETALING
JAYA: Agak melucukan apabila seorang veteran Umno menasihati ahli-ahli
Umno supaya meninggalkan parti yang usang itu dalam ceramahnya.
Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Thamrin Ghafar berkata, Umno
dahulu dan Umno sekarang sudah tidak sama dan lebih baik ahli- ahli Umno
meninggalkan parti itu untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
“Pemimpin Umno dahulu berjuang dengan ikhlas, kerana bangsa dan
agama tetapi pemimpin Umno sekarang lebih berminat untuk menimbun
kekayaan dan terlibat dengan rasuah,” katanya dalam satu ceramah di
Markas PAS Titi Seorang, Parit Buntar semalam.
Beliau yang masih menjadi ahli Umno meluahkan rasa kesalnya
dengan perkembangan mutakhir ini di mana perjuangan Umno jauh menyimpang
dari matlamat asalnya.
Menurut Thamrin, banyak penipuan berlaku dalam daftar pemilih
di antaranya, dengan membawa masuk warga asing dari Kemboja
untuk menjadi pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.
“Umno sudah tidak betul, tidak gentleman, banyak penyelewengan
dan rasuah serta mereka merasa bimbang untuk berdepan dengan rakyat pada
PRU13,” ujar beliau.
Mengenai perhimpunan Bersih 3.0 beliau berkata, Barisan
Nasional mungkin boleh jatuh sekiranya lebih ramai rakyat bangkit
untuk menentang kezaliman dan kejahatan mereka.
Bersih 3.0 katanya, ialah suatu usaha murni yang harus disokong
kerana NGO itu menuntut lapan perkara bagi menjamin pilihan raya yang
bersih dan adil.
Beliau berjanji untuk mendedahkan lebih banyak lagi keburukan dan kedurjaan Umno pada masa-masa yang akan datang.
Mengenai pendedahan ini dengan menggunakan pentas PAS beliau berkata, ”biar Umno pesat saya, saya tidak hairan.”
Lebih 1,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat hadir pada majlis
ceramah itu. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan juga
Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.