Kuasa Mutlak tengkorak chee hang.... menyusahkan rakyat nak susun atur
program depa.... nak ajust cuti... nak buat kenduri... nak pie haji...
semua jadi huru hara kerana hangpa tak bagi tarikh..
Nak RAYA POSA & RAYA HAJI pon tarikh dah tau bila nie nak buat
PILIHANRAYA untuk lantik pemerintah negara main ikut suka kepala depa
saja....
Awat buat kelaku bodoh sangat...biaq hangpa sudah la bodoh jangan dok
perbodoh rakyat macam nie.... disini gua nak mintak kepada PAKATAN
RAKYAT bila hangpa menang nanti hangpa jadikan TARIKH PILIHANRAYA akan
di umum lebih awal... sekurang-kurang setahun awai..supaya senang rakyat
nak susun program depa...
Kuasa mutlak PM tentukan PRU
18 Jun 2012SHAH ALAM – Sesiapa sahaja boleh meramalkan bila tarikh pilihan raya, tetapi kuasa mutlak menentukannya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, tarikh pilihan raya tidak penting tetapi persediaan untuk menghadapinya adalah perkara utama yang perlu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) untuk memastikan
kemenangan.
“Parti komponen BN perlu melihat cabaran besar yang perlu diatasi iaitu ‘mood’ pengundi kerana ia menjadi perkara penting dan ukuran tepat terhadap bilangan sokongan, yang tidak menyokong dan atas pagar terhadap BN.
“Calon boleh menang yang dipilih untuk mewakili parti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen perlu diyakini mempunyai penyokong,” katanya mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa PRU13 akan diadakan selepas Aidilfitri kerana sebelum ini mereka menjangkakan ia diadakan pada Jun, tetapi ia tidak benar.
Sekiranya pada Mac 2013, ia juga melepasi ibadat puasa dan haji melibatkan umat Islam dan bencana alam seperti banjir yang sering berlaku di negeri Pantai Timur.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.