Pertama sekali aku nak ucap tima kasih kat Yob Nizar yang membawa isu
pemberian geran Azam Tani ke Parlimen sebaik saja artikel tersebut
disiarkan.
Mediaperak menyiarkan artikel tersebut pukul 9 pagi, pukul
12.40 tengahari, isu tersebut bergema di Parlimen.
Ada sesuatu yang tak kena dengan ayat yang ditulis oleh Nizar dalam
Facebooknya ini. Ahli Parlimen Pasir Salak hanya mengetahui tentang
perkara ini semalam, (24 Jun 2012).
Tak masuk akal kalau Tajudin hanya mengetahui “semalam” sedangkan
surat yang dibuat oleh Ketua Cawangan Umno Selat Pulau itu bertarikh 4
April 2012.
Satu salinan surat tersebut telah diberikan kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato Tajuddin Abd. Rahman.
Salinan penuh surat-surat diatas boleh dilihat dalam artikel semalam disini.
Kalau Tajudin mengatakan dia baru menerima
surat tersebut semalam, bermakna surat tersebut mengambil masa 80 hari
untuk sampai dari Kampung Selat Pulau ke pejabatnya di Pasir Salak.
Kalau suruh kura-kura jadi posmen tukang bawak surat pun mungkin boleh
sampai dalam masa dua hari.
Kalau Tajudin mengatakan dia “baru melihat
surat tersebut semalam” (Ahad), Ada sesuatu yang tak kena dengan sistem
pengurusan Ahli Parlimen Pasir Salak. Orang yang dapat bantuan sudah
ramai yang dapat.
Orang yang tak dapat bantuan walaupun sepatutnya dapat
telah pun berjumpa dengan pelbagai pihak…tapi Tajudin baru dapat surat
bantahan “semalam”!!
Kamon la Tajuddin…kalau ahli Parlimen pun kaki auta..apa yang nak diharapkan kepada Ketua Cawangan?
Bila berita tentang skandal Ketua Cawangan
Umno jadi panas, macam-macam la yang berlaku. JKKK Kampung Selat Pulau
dah mula bergaduh sama sendiri…sapa yang bocor rahsia??
Ada JKKK yang dah mula buat pengakuan,
bahawa mereka dipaksa oleh Ketua Cawangan untuk menandatangani surat
tersebut.
Ada juga yang kata, “Ini mesti kerja Tok Penghulu dulu!!”
Tak payah bising-bising la. Minta kepada
semua yang terlibat, dari Pegawai Daerah hinggalah Pegawai Pertanian,
supaya melaksanakan janji-janji Tajudin dalam Parlimen. Pastikan mereka
yang terpilih itu mendapat hak mereka. Selesai.
Kalau tak selesai, Maka nampak sangatlah
buruknya sistem pentabiran kita. Pagawai Daerah, Pegawai Pertanian
Negeri, Daerah…semuanya tak boleh buat keputusan. Sebaliknya terpaksa
tunduk kepada keputusan Ketua Cawangan Umno.
Malu la.
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/06/26/tajudin-pasir-salak-bohong-dalam-parlimen/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.