Suara
Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan peguamnya di luar negara dalam
proses menghantar sepina terhadap Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan
'orang kanan' urus niaga Scorpene Malaysia-Perancis
Menurut
kenyataan sekretariat NGO hak asasi itu, peguam William Bourdon dan
Joseph Breham di Perancis mengesahkan Jasbir sebagai saksi kes dan
disepina oleh mahkamah.
"Penghantaran
sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada
maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini," menurut
kenyataan itu.
Jasbir
yang dikatakan sebagai kenalan rapat Abdul Razak Baginda didakwa
bertindak sebagai orang penting dalam urus niaga antara syarikat
Malaysia Perimekar Sdn Bhd dan firma pertahanan Perancis DCNS.
Jasbir dan Abdul Razak juga didakwa bersama-sama menjadi pengarah syarikat Tererasi Ltd di Hong Kong.
Mahkamah
Perancis mengeluarkan sepina itu apabila syarikat negara itu yang
membekalkan kapal selam Scorpene kepada Malaysia dituduh membayar jutaan
ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam
pembelian.
Bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen dianggap sebagai haram.
Baiklah,
"tukanglawan" agak-agak selepas ini sepina akan dikeluarkan kepada
Razak baginda, kemudian kepada Najib Razak, jika najib razak tidak mahu
membalas Sepina itu ( pergi ke Mahkamah) maka waran tangkap akan
dikeluarkan, Apakah najib akan ditangkap?..
Dan kalau Najib ditangkap, Malulah Negara ni. betul tak?.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.