SHAH ALAM: Ketua
Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan
kepada pendedahan terbaru skandal terbaru membabitkan Umno Selangor.
Katanya,
faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai
Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia
berpunca akibat perpecahan dalam parti.
Menurutnya,
Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada
siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar
daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum
ini.
“Tiada
perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom
jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat
kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau
akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara
sistematik,” katanya.
Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.
“Umno
Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik
untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan
Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu,”
katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.