KUALA LUMPUR 25 Jun - Kerajaan berikrar akan mempertahan
kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang seperti amalan lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT) tidak mendapat tempat di negara ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan,
sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang
kini diperjuang pihak tertentu juga akan ditentang.
Katanya, dalam usaha kerajaan mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara
Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi, tiada sebarang kompromi
berhubung soal akidah, ibadah, muamalat dan akhlak.
"Kita akan pastikan sebarang budaya songsang seperti perilaku LGBT serta
sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme tidak
akan mendapat sebarang tempat di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Sekretariat
Ulama-Umara dan buku
Agenda Islam Dalam Transformasi Negara di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom,
Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani
Zakaria serta para ulama dari seluruh negara.
Pada majlis tersebut juga, Perdana Menteri turut melancarkan dua naskhah buku
tulisan Mashitah iaitu
Moderat dan Langit Terbuka yang mengulas
mengenai dasar serta transformasi pentadbiran beliau sejak tiga tahun lalu.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai tindakan Pas mengarahkan ahli parti
berkenaan agar menangguhkan ibadah haji demi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13,
Najib berkata beliau terkejut kerana Pas tergamak berbuat demikian.
Katanya, selaku sebuah parti yang mendakwa parti Islam, Pas sepatutnya
mengutamakan pelaksanaan fardu ain terlebih dahulu berbanding fardu kifayah
kerana ibadah haji rukun Islam kelima dan wajib ke atas mereka yang
berkemampuan.
"Mereka tergamak mengutama kepentingan parti berbanding kepentingan agama
Islam, sedangkan berdasar prinsip 'fiqh aulawiyyat' keutamaan perlu kepada
ibadah haji kerana ia fardu ain berbanding mengundi iaitu fardu kifayah.
"Tapi percayalah, kerajaan sentiasa mempertimbang semua faktor sebelum
mengadakan pilihan raya dan saya akan pastikan pertimbangan itu selaras dengan
kehendak agama Islam itu sendiri," jelas Najib.
Mengenai buku Agenda Islam Dalam Transformasi Negara, Perdana Menteri
berkata, ia akan menjadi bukti dan mampu menangkis tohmahan dan pembohongan
pembangkang yang menuduh kononnya kerajaan bersifat anti Islam.
Tegas Najib, dengan deretan program dan komitmen yang sudah serta bakal
dilaksana kerajaan yang digarap dalam buku berkenaan, tiada sebarang sebab untuk
pembangkang melabel tohmahan sebegitu. - Utusan. | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |
| | | | | | |
* Yang depan mata, isteri pun tidak dapat pertahankan Islam (tidak menutup aurat)... | | | | | | | | | |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.