Sekiranya Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempunyai bukti bahawa rahsia tentera laut Malaysia dijual kepada syarikat asing, NGO hak asasi itu patut membuat laporan polis supaya siasatan dalam dijalankan.
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, Suaram juga patut mengemukakan salinan dokumen berkaitan.
Suaram pada 31 Mei mendedahkan, siasatan mahkamah Perancis terhadap syarikat kapal DCNS mendapati ia membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Sebahagian daripada pembayaran itu, dakwa Suaram lagi, melibatkan jualan dokumen rahsia berhubung penilaian Malaysia berhubung purchase order. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.