Umno-BN makin terbukti hanya pandai buat janji tetapi tak bijak tunai
janji. Walaupun mereka turun padang atas nama "Janji Ditepati" tetapi
hakikatnya Umno-BN tetap mungkir janji dan membelakangkan orang-orang
Melayu yang hauskan pendidikan sisitematik.
Kerajaan Umno-BN yang
menguasai Kementerian Pelajaran dituntut agar membina segera Sekolah
Kebangsaan Seri Perak di Bandar Baru Sentul, di Bandar Baru Sentul, bagi
menggantikan sekolah bawah "kolong" Flat DBKL 17 tingkat, seperti yang
telah dijanjikan sejak lebih 25 tahun lalu.
Sekiranya projek ini tidak mahu dilaksanakan oleh kementerian terbabit,
pihak Kerajaan Umno-BN dituntut agar menghentikan segera penipuannya
dengan pemasangan papan tanda projek tanpa tarikh yang tidak memberikan
sebarang erti kepada rakyat. Setakat naikkan papan tanda, kemudian
membiarkan rakyat menunggu dan menunggu, lebih baik jangan jadi
kerajaan. Jadilah pembangkang.
Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin menyifatkan penipuan pihak
Kerajaan Umno-BN terhadap rakyat amat jelas apabila pada papan tanda
tidak mencatatkan maklumat penting berkenaan projek, melainkan untuk
menagih undi dalam PRU13 nanti. Pada papan tanda itu juga tidak
dicatatkan nombor rujukan permit, nombor kelulusan permit iklan,
meskipun dicatatkan fakta-fakta lain termasuk nama kontraktornya. Inilah
penipuan terkini sebagai satu lagi projek Umno-BN.
Papan tanda begini telah beberapa kali dipasang dan diturunkan, manakala
pemasangan terkininya berlaku sejak lebih setahun lalu, susulan
kunjungan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yaasin ke kawasan itu
beberapa tahun lalu. Muhyiddin macam biasa... berjanji akan membina
sekolah berkenaan.
Maka tidak laa kemudian, ia seolah-olah akan mnejadi
kenyataan apabila bangunan kantin sekolah diruntuhkan dan pagar zink
dibina di tapak pembinaan. Tetapi habukpun tarak. Sehingga kini,
pemandangan yang terpampang hanyalah sebuah projek terbengkalai.
Sepatutnya tiada sekolah di bawah "kolong" lagi di negara ini setelah
Umno-BN yang memperjuangkan nasib orang Melayu sejak 54 tahun lalu
prihtain dengan masalah rakyat. Tetapi nampaknya, Umno hanya bijak
berjanji gagal menyelami kehendak rakyat.
Bercakap soal pendidikan
tinggi, sekolah pintar, sekolah bestari tetapi dibawah Umno-BN masih ada
sekolah bawah "kolong" dengan persekitaran tak kondusif disediakan
untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.