APA BARANG PHD LU PAKAI MB PERLIS ! |
Ini berita Gua rasa bukan setakat gua saja yang suka... tapi banyak lagi
yang nak kan Umno/Bn mampos turut sama bersuka dan yang lebih
menyukakan gua lagi ialah apabila ada juga ahli Umno yang tumpang sekaki
turut sama gembira dengan apa yang terjadi kepada Umno Negeri Perlis
ni... kah kah kah... sungguh menyenangkan dan menggembirakan hati Gua
beb... walaupun Kerusi Parlimen didalam Negeri Perlis Indera Kayangan ni
tak lah banyak tapi didalam sistem demokrasi kelebihan satu kerusi pun
sudah memadai untuk mendirikan dan menumbangkan sesebuah... ini apabila
selesai sahaja sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) dikira undinya dan
diumumkan jumlah kerusi yang dimenangi sesebuah Parti Politik.
Dengan tak payah bersusah payah dan bekerja keras oleh Pimpinan Pakatan
Rakyat (PR) Negeri Perlis... ini kerana satu lagi sebab musabab Umno
terkubur telah dihasilkan oleh ahli Umno di Negeri Perlis itu sendiri...
apabila seorang ahli Pemuda Umno Arau telah membuat laporan polis
terhadap
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu... ia mengenai status
Ijazah Doktor Falsafah (Phd) yang beliau miliki... ianya menurut ahli
Pemuda Umno Arau adalah daripada Universiti yang tak mendapat tauliah
atau akreditasi daripada
agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia mahupun
Kerajaan Amerika Syarikat... apa barang lah Menteri Besar Perlis... lu
kalau nak pakai Phd... ikut lah cara Datin Rosmah Mansor... belajar
tidak tahu-tahu dah ada dua tiga Phd... kah kah kah !.
SIDANG AKHBAR OLEH PEMUDA UMNO ARAU |
Menurut Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar
Arau... yang telah membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar
tengah hari tadi berkata "Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis
rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi
pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada
agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun
kerajaan Amerika Syarikat".
"Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia
menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan
dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan
menyalahi undang-undang negara... rakyat Perlis bercakap mengenai status
Phd milik Menteri Besar itu... sebelum ini kami mengadakan peraduan
menawarkan hadiah RM10,000
dalam Facebook untuk membolehkan orang ramai mengesahkan status Phd
tersebut... bagaimanapun selepas peraduan itu dibuat lawan web rasmi
kerajaan negeri telah mengeluarkan gelaran Phd tersebut".
SURAT LAPORAN POLIS |
Gua tak hairan beb dengan berita ini walapun gua tetap gembira... kah
kah kah... kerana perangai sebegini memang amalan Umno sejak azali...
kah kah kah... suka kepada Phd (Perangai Hasad Dengki) dan menjadikan
Phd amalan hidud... kah kah kah... kalau Umno itu sendiri pernah
diharamkan pada tahun 1987 akibat Phd... apa lah sangat nak mengorbankan
Umno Negeri Perlis serta Menteri Besar nya sekali... kah kah kah....
kalau lu orang tak percaya pergi lah tanya dua watak utama yang
mengakibatkan Umno mampos iaitu Tun Mahathir Maha-masalah Negara serta
lawan nya Tengku Razaliegh Hamzah... kah kah kah !. [sumber baca sini]
hemmmmm.....
cuma di ingatkan kepada kepimpinan pakatan rakyat negeri perlis harus
berusha dan berdoa semoga kebencian ahli umno kepada menteri besar
perlis akan membuat mereka benci sekali kepada umno yang gilakan
perangai phd (perangai hasad dengki)... kah kah kah... umno perkasam
jati... betul-beytul meloyakan heeeee... A B U.
Mat Indera SiPejuang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.