Tiada sebab dan siapalah kami untuk menuduh serta meletakkan kesalahan
pada yang lain sebelum seseorang benar-benar dibuktikan bersalah.
Setiap negara ada sistem undang-undangnya tersendiri. Tetapi, jika
mahkamah mahu memanggil individu yang dirasakan sesuai bagi untuk
menjadi saksi dalam membantu siasatan dan dalam pada masa yang sama
ruang yang ada nanti semasa prosedur mahkamah nanti boleh digunakan bagi
membersihkan namanya pun masih tidak diendahkan.
Natijahnya yang tidak boleh dielakkan adalah timbulnya pelbagai
spekulasi orang ramai dan masyarakat luar yang terus memerhatikan
perjalanan kes berprofil tinggi, Scopene scandal ini.
Setakat semakan yang kami lakukan ketika ini, antara portal berita yang
telah menyiarkan laporan berita bakal Scorpene Scandal ini antara
lainnya adalah portal berita dari Kanada, Hong Kong juga tidak
ketinggalan dan portal berita juga negara jiran Malaysia, Kemboja juga
tutrut memberikan liputan mengenai Scandal Scorpene ini.
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh portal berita itu, Datuk Najib
dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau
perancang utama kepada pembunuhan Altantuya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.