Followers

Friday, June 22, 2012

Nama2 yang tersebut dalam ni, patut sangat depa susah hati...



Kes Scorpene: Saksi pertama terima sapina Mahkamah Perancis

KUALA LUMPUR 21 Jun: Sapina untuk saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene –
Jasbir Singh Chahl sudah diperolehi dari Mahkamah Perancis dan dalam proses penyerahan.

Sekretariat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penghantaran sapina tersebut dalam proses dan memerlukan beberapa hari untuk dilaksanakan.


“Kami tidak ada maklumat yang tepat bila jangka masa sapina itu akan diserahkan,” kata kenyataan itu dipetik Harakah Daily.

Suaram mengulas kenyataan Jasbir yang merupakan pembantu kanan Abdul Razak Baginda sebelum ini yang menafikan kaitannya dengan kes pembelian Scorpene.

Jasbir berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang sapina dari mana-mana mahkamah.

Menurut Suaram, peguam mereka di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan Jasbir adalah salah seorang saksi kes ini dan mahkamah telah mengeluarkan sapina untuknya.

Suaram adalah pihak pelapor dalam kes rasuah pembelian Scorpene kepada mahkamah Perancis kerana ia melibatkan syarikat negara itu.

Sebelum ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel telah memaklumkan saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan.

Saksi berkenaan katanya, adalah Jasbir Singh Chal, bekas Pengarah Perimekar Sdn Bhd yang juga pembantu kanan Abdul Razak Baginda.

Cynthia mengumumkan perkara itu di akhir Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene anjuran Suaram yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, 16 Jun lalu.

“Kita patut merasa gembira dengan perkembangan kes ini kerana saksi pertama iaitu Jasbir Singh, saksi yang terlibat dan mengetahui banyak maklumat akan dipanggil ke mahkamah (Perancis) kerana sapina sedang dalam perjalanan ke rumahnya,” kata Chynthia.

Selain Jasbir, individu lain yang akan turut dipanggil sebagai saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; pemilik Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi (HK) Limited, Abdul Razak Baginda serta isterinya, Mazlinda dan bapanya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi juga dinamakan sebagai saksi oleh peguam Suaram.- KD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.