6 Syaaban 1433H. [MOD] -
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dengan sinis
mempersoalkan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin
berdebat dengannya atau tidak.
Anwar
berkata, kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan debat bukan satu
budaya, juga merupakan helah untuk mengelak berdebat dengan beliau.
"Dia
nak debat ke tak nak? Dia anjurkan debat di seluruh sekolah. Hadiah
(yang diperolehi ialah piala) perdana menteri. Di sekolah minta
anak-anak untuk berdebat. Hadiahnya (piala) perdana menteri. Tapi
perdana menteri kata bukan budaya. Habis yang diajar di sekolah itu apa?
"Itu
cuma helah nak elak untuk berdebat," kata Anwar ketika ditemui
pemberita selepas menyampaikan pidato aspresiasi di majlis pelancaran
dan diskusi buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat malam
tadi.
Majlis
pelancaran dan diskusi buku hasil tulisan Datuk Dr Siddiq Fadzil itu
juga turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan
anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali.
Jumaat lalu, Najib terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan Anwar untuk mengadakan debat.
Katanya, debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.
Sementara
itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin Abu Bakar yang mengatakan perbahasan di Parlimen ada unsur
perdebatan, Anwar menafikan perkara tersebut.
"Debat... bila Datuk Najib datang? nak debat atau tidak. Bagi alasan Parlimen ada debat. Tak ada.
"Kedua
ini bukan budaya Melayu. Maki orang, pukul orang, bunuh, hina itu
budaya Melayu ke? Guna media untuk aibkan orang itu budaya Melayu?" soal
Anwar.
Dalam
pada itu, mengulas mengenai kemenangan pemimpin baru Mesir, Mohamed
Morsi, Anwar berkata, perkara tersebut membuktikan bahawa suara rakyat
harus dihormati.
Menurut
Anwar, presiden Mesir yang baru itu telah menghadapi pelbagai tuduhan
tetapi masih ada kekuatan dan sambutan dari rakyat negara itu.
"Rakyat
Mesir dah buat keputusan. Ini tunjukkan bahawa suara rakyat harus
dihormati. Beliau telah dipenjara dan dihina dengan pelbagai tuduhan
tetapi masih lagi ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat," kata
Anwar.
Ketika
mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha menjatuhkan
kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini,
Anwar berkata, mantan perdana menteri itu masih mewakili zaman lampau.
Sambil
menyifatkan bapa pemodenan itu mewakili pandangan bekas presiden
Mesir, Hosni Mubarak, Anwar berkata, Mahathir masih lagi merasai
kehilangan Hosni.
"Mahathir
mewakili zaman lampau dan mewakili pandangan Husni Mubarak. Jadi kawan
kita Tun Mahathir masih rasa kehilangan Hosni sedangkan rakyat Mesir
bergembira," kata Anwar.
malaysiakini/-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.