Followers
Monday, June 25, 2012
Kontroversi: Mufti Perak Sokong Najib Dan Dakwa BN Tak Pernah Pinggirkan Islam Selama Berkuasa. ?
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (foto) hari ini mencetuskan lagi polimek baru dalam politik tanahair apabila secara terbuka menyokong agenda Islam yang dibawa oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN).
Beliau yang pernah mendapat jolokan "syaitan bisu" oleh sesetengah golongan agama itu mendakwa BN tidak pernah meminggirkan agenda Islam dalam pentadbiran negara selama ini.
Malahan selama 45 tahun berkecimpung dalam bidang agama, beliau dapat menyaksikan sendiri agenda Islam diperjuangkan oleh kerajaan. Dalam nada sebak, beliau berterima kasih kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengangkat golongan ulama sebagai salah satu bidang transformasi yang dilaksanakan.
Kenyataan terbaru Harussani ini dilihat tidak lebih untuk mengampu dan menaikkan lagi imejnya di mata Najib. Dalam keadaan dia yang sebelum ini telah banyak menimbulkan kontroversi terhadap umat Islam dalam isu-isu panas seperti murtad, K-Pop, rampasan kuasa di Perak dan sebagainya, kini dia seolah-olah menzahirkan lagi sokongan terhadap Islam yang dibawa oleh BN.
Walhal dalam masa yang sama dia pernah mengakui begitu ramai anak muda Melayu Islam yang murtad di negara ini gara-gara dasar Islam sederhana yang diamalkan oleh kerajaan.
Kini, segalanya nampak berubah menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Harussani dilihat mahu memberi kredit kepada Najib agar rakyat terutamanya orang Melayu menyokong BN pada PRU itu nanti.
Persoalannya, benarkan agenda Islam yang dibawa oleh BN itu terkesan di hati rakyat?. Jika benar bagai dikata maka mana mungkin kehidupan umat Islam terutamanya generasi muda hari ini begitu jauh terpesong daripada konsep Islam itu sendiri.
Malahan, isterti Perdana Menteri sendiri iaitu Hajjah Rosmah Mansor pun tidak memakai tudung dan menutup aurat biar pun baru balik mengerjakan haji hujung tahun lalu.
Jika isterinya sendiri gagal ditarbiyah oleh Najib, maka mana mungkin Islam yang dibawa oleh beliau merlandaskan syariat. Apakah wajar Harussaini mendakwa BN telah melaksanakan agenda Islam dalam sistem pentadbirannya.
Sedangkan sistem yang digunakan pakai oleh BN sekarang adalah perlembagaan yang dicipta oleh Lord Reid yang dicipta oleh British.
Apakah Mufti Perak sedar semua ini atau sengaja mahu mencari publisiti murahan agar dia disanjung sebagai tokoh Islam kerajaan BN?.
Pahang Daily Online (PDO)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.