GEMBIRA....
Najib memakai topi pahlawan Orang Ulu sambil diperhatikan
penghulu-penghulu ketika menerima kunjungan Ketua-Ketua Masyarakat dari
Telang Usan Baram, Sarawak pada majlis makan tengah hari bersama ketua
masyarakat itu di Seri Perdana, semalam. Turut sama Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan).
PUTRAJAYA:
Hanya dalam tempoh tiga tahun pelbagai kemudahan dan pembangunan
dinikmati penduduk Sarawak khususnya di kawasan luar bandar dan
pedalaman. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam
tempoh itu, untuk Sarawak sahaja, kerajaan persekutuan meluluskan
peruntukan tambahan RM2.3 bilion.
“Dalam tiga tahun
apa yang kita telah lakukan, cuba bayangkan kalau kita ada lima tahun
lagi, apa yang kita boleh buat…sebab itu penting untuk kita pertahankan
Putrajaya terus kekal dalam tangan Barisan Nasional,” katanya semasa
jamuan tengah hari selepas menerima kunjungan ketua-ketua masyarakat
dari Telang Usan Baram, Sarawak dan jamuan tengah hari bersama mereka di
Seri Perdana di sini, semalam.
Najib
berkata memang menjadi hasrat kerajaan untuk melakukan lebih banyak
lagi pada masa akan datang dan apa yang dibuat sehingga kini sekadar
permulaan sahaja.
Beliau
berkata dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan bantuan
tambahan lain, ia telah dapat mengubah keadaan hidup masyarakat luar
bandar dan memberikan masyarakat itu merasai nikmat pembangunan.
Malahan
Najib berkata sejak menjadi Perdana Menteri, beliau telah melawat ke
Sarawak lebih 50 kali dan hampir seluruh pelosok negeri itu dilawatinya
dan ia adalah bukti kesungguhan kerajaan.
“Disebabkan
struktur muka bumi Sarawak, banyak penduduk tinggal di kawasan
pedalaman jadi keperluan seperti jalan perhubungan, jambatan, kemudahan
asas, bekalan air bersih, bekalan elektrik, sekolah, klinik dan
kemudahan lain amat penting,” katanya.
Beliau
berkata kerana itu konsep strategi lautan biru digunakan bertujuan
untuk membolehkan pembangunan dibuat sebanyak mungkin dengan
perbelanjaan yang minimum.
Misalnya,
Najib berkata pembangunan jalan raya Long Lopeng ke Ba’Kelalan
sepanjang 73 kilometer dengan sembilan jambatan ‘bailey’ sepatutnya
memerlukan kos RM300 juta tetapi melalui konsep Jiwa Murni ia hanya menelan kos RM52 juta.
“Dalam
masa yang sama kita sudah bekalkan 41,000 keping zink melebihi RM15
juta dan 2,162 tangki air bernilai RM5.7 juta dan untuk perkhidmatan
kesihatan dan juga pergigian kita telah mewujudkan sistem klinik
bergerak,” katanya.
Itulah
gambaran apa yang telah dilakukan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan sebagainya, ia telah
sampai menyusur ke akar umbi dan hingga ke rumah-rumah panjang,
katanya. (Bernama)
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.