KOTA BHARU: Ekoran
tragedi berdarah dalam perhimpunan aman 'R' di depan Kota Darul Naim
baru-baru ini, para penyokong 'R' mula mengedar foto pihak yang memukul.
(Penyokong R dipukul)
"Sesiapa
ada maklumat, boleh salurkan pada pihak kami di Pages
https://www.facebook.com/RoyaltyOfficialPages," tulis mesej yang
dihantar melalui Facebook itu.
(Dua keping gambar yang disiarkan berhubung dengan tukang pukul dalam Himpunan R di Kota Bharu)
Isnin
lalu, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas
ke Kelantan (ROYALTI) atau ringkas 'R" menganjurkan majlis penyerahan
memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan.
Namun majlis itu diganggu oleh kumpulan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang dipimpin Ibrahim Ali dan NGO Sedar.
Ekoran pertembungan itu, seorang blogger, Aduka Taruna telah dipukul sehingga mukanya berdarah.
Empat lagi aktivis R juga didakwa dipukul dan mereka telah membuat laporan polis mengenainya.
Naib
Pengerusi R, Abu Samah Hassan, salah seorang yang dipukul memberitahu
media, beliau dipukul ketika rundingan dengan polis dibuat untuk
menentukan kawasan himpunan antara mereka dengan kumpulan lawan mereka.
Dalam keadaan tegang dan bising itulah beliau mendakwa dipukul oleh orang yang tidak dikenali.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.