PULAU PINANG:
Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan
memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan
menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali
meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari
pertuduhan.
Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu
seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini
berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat
tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.
Beliau
berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh
peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.
Semasa
pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang
beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan
Malaysia pada tarikh yang sama.
Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.
Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.
S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.
S:
Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat
Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan
apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.
S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.
S:
Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu
yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak
betul?
J : Ya, setuju.
S : Jadi laporan polis kamu tidak
betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu
yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya,
saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil
tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena
tuduh).
S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil
tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa
yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
S:
Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya
pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan
pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di
Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada
benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.
S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.
Saski
juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus
ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor
dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi
tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi
keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.
Apabila
disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada
Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas
Mat Sabu).
Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut
dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan
beliau dan meminta maaf sekali lagi.
Kes kemudiannya ditangguhkan
ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa
Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi
membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan
membatalkan pertuduhan ke atas beliau.
Mat Sabu diwakili oleh
Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan
Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.
Galeri Mahkamah yang
dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man,
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara
Francis.
PASPB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.