Pasainya aku cukup yakin dengan Muhyiddin Yasin yang jadi TPM dan juga Timbalan Presiden Umno pun Najib tak kongsi pasai tarikh pilihanraya ni.
Ada yang kata tak berapa tepat kata Najib bubar parlimen tapi kena kata Agong bubar parlimen.
Memang la secara tersuratnya Agong yang kena bubarkan parlimen tapi secara tersirat dan realitinya Najib yang berkuasa bubarkan parlimen dengan menasihat Agong yang cuma jadi tukang angguk saja.
Mungkin ada yang akan kata Agong berkuasa untuk nak ikut atau takmau ikut nasihat Najib sebagai Perdana Menteri tapi berani ka Istana Negara nak 'derhaka'.
Apa pun, aku cukup suka pendekatan yang Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz cuba terapkan:
[Sumber: Sinarharian]
"Hingga ke hari ini, tiada kepastian bila PRU13 akan diadakan, tetapi saya yakin Pas bersedia jika PRU13 diadakan pada bila-bila masa.
Gerakan jentera di semua peringkat sudah lama bersiap siaga. Sebab itu saya minta kita andaikan esok adalah PRU13, jika esok tidak bubar Parlimen, kita andaikan esok lagi, hingga tiba tarikh sebenar," - Mahfuz.
Cuma masalahnya, kalau betul parlimen bubar esok jentera PAS dah betul-betul bersedia ka?
Kalau esok parlimen bubar, maknanya nak tak nak hari ni kita dah kena bersedia. Kalau cula belum siap, hari ni jugak kita kena siapkan, kalau bilik gerakan belum bergerak hari ni jugak kita kena mula gerakkan, kalau plan kempen belum siap hari ni jugak kita kena siapkan, kalau saraf belum mula hari ni jugak kita kena mulakan.
Aku yakin kalau semua orang boleh benar-benar andaikan yang esok parlimen bubar dah tak timbul lagi soal upu masih tidur, malah ada MTD pun macam hidup segan mati takmau.
Dan yang paling penting sekali, kalau kita andaikan esok parlimen bubar patutnya hari ni dah kena selesai bab pemilihan calon.
Kalau soal pemilihan calon pun pimpinan tak boleh nak selesaikan jangan marah kalau ahli dan penyokong di peringkat akar umbi pun rileks lagi, pasainya depa pun gunakan andaian yang sama, lambat lagi parlimen nak dibubarkan.
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Cenangau Daunkari
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/esok-parlimen-bubar.html#ixzz1yzoqUJX7
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.