PTPTN
seperti ditadbir oleh orang gila kerana Menteri Pelajaran Tinggi Khaled
Nordin bertindak sebagai orang gila memerintahkan PTPTN membekukan
bantuan baru bagi dua IPTS di Selangor iaitu Unisel dan Kuis.
Maka
Pengerusi PTPTN pun bertindaklah. Tindakan itu untuk mendenda kerajaan
PKR Selangor supaya melaksanakan pelajaran universiti percuma sambil
membatalkan PTPTN seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika menawan
Putrajaya.
UMNO/BN
menolak janji Pakatan itu. Lalu ia bertindak membekukannya bagi
mencabar kerajaan PKR Selangor mampu atau tidak melaksanakan janjinya
sekarang.
Apabila
semua orang bising dan merasakan tindakan itu gila, maka belum sempat
isu itu didebatkan, menteri Khaled Nordin dan pentadbir PTPTN
membatalkan pembekuan itu.
Sebagai
menteri dan pegawai sekali lagi mereka dilihat macam orang gila apabila
membatalkannya. Sebagai pegawai awam mereka seperti bermain wang awam
dan kuasa seperti main duit sendiri. Mentadbirkan jabatan dan wangnya
ikut kehendak sendiri tanpa peraturan. Itu cara zaman batu dulu, bukan
zaman pentadbiran canggih sekarang.
Apa
pun alasan yang menteri beri ternyata mereka dilihat sebagai pihak yang
kalah. Ia memalukan kerajaan dan memalukan UMNO di ambang PRU yang
bila-bila masa itu. Ternyata mereka pentadbir yang tiada kelas dan
sebagai orang politik yang tidak kelas.
Mereka
hendak menguji dan memerangkap PKR dan kerajaan Selangor tetapi yang
dilihat politik Rafizi Ramli dengan janji pilihan raya Pakatan telah
memerangkap mereka.
Kerja
gila itu bukan yang oleh kerjaan BN. Beberapa bulan dulu Perdana
Menteri Najib seperti orang gila menaikkan taraf dan gaji beberapa puluh
tinggi PTD sampai puluh ribu. Ada yang sudah menerima ratus ribu atau
dikatakan hampir sejuta. Ia boleh mengambil orang luar PTD untuk jawatan
itu.
Setelah
ramai yang bising dan merasakan ia kerja gila, tiba-tiba dibatalkan.
Bagaimana hendak mengambil balik gaji yang sudah diterima oleh setengah
pegawai? Menaikkan gaji secara mendadak dikira satu kerja gila dan
membatalkannya pula macam kerja gila juga. Jadi dua kali gila.
Tidak
cukup dengan itu PM Najib umumkan penggabungan MAS dan AirAsia. Angkat
Tan Sri Tony Fernandes jadi lembaga MAS. Ia satu lagi kerja gila kerana
orang terasa Fernandes dan Air Asia akan telan MAS sebeagaimana di
zaman Mahathir dulu sebuah bank komersial yang kecil bergabung dengan
Bank Bumiputera yang besar menyebabkan Bank Bumiputera ditelan oleh bank
yang kecil itu. Macam sawa ditelan ular lidi. Memang ia dilihat gila.
Sejurus
kemudian penggabungan MAS dan Air Asia itu dibatalkan pula. Tak gilakah
namanya. Tidak diketahui apakah pembatalan itu melibatkan pampasan
kepad Tan Sri Tony dan AirAsia?
Apakah
yang Khaled Nordin lakukan ke atas dua kampus di Selangor itu kerana
diperintah oleh Najib atau ia ideanya sendiri. Kalau tindakan bodohnya
itu dilakukan atas suruhan Najib, maka nasib Khaled samalah dengan nasib
Pengerusi PTPTN yang terpaksa ikut suruhan menterinya.
Kalau
Perdana Menteri bodoh, bodohlah menteri. Kalau menteri bodoh, maka
bodoh juga pegawai yang mengikutnya. Tetapi kalau tindakan itu adalah
dari akal Khaled Nordin sendiri, nyatalah dia sudah memalukan Perdana
Menteri. Bila orang kata menteri bodoh, maka ia seperti mengata Perdana
Menteri bodohlah.
Semuanya
adalah bagi memberi peluang kepada pembangkang memperleceh keupayaan
menteri BN menjelang PRU. Tindakan itu satu kerugan besar buat BN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.