Pada 18 Jan 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan
Raja-Raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja minta tangguh pindaan
ini, maka media melalui BH bertarikh 19 Jan 1993 telah mengkritik secara
terbuka salah laku Raja-Raja.
Lupakah kita pada 29 April 1993, di Ketereh, Kelantan di mana telah
diadakan `pertabalan' Sultan Kelantan dilakukan pada ketika Sultan
Ismail Petra masih di takhta. Siapa tokoh Umno yang terlibat waktu
itu? Jika anda lupa, sila rujuk kepada Datuk Anuar Musa yang kini
merasai `dizalimi' pula oleh FAM yang diterajui oleh Sultan Pahang.
Media BH bertarikh 11 Jun 1993, memetik kenyataan Shahidan Kassim tokoh
Umno juga yang menyebut Sultan Kelantan tidak layak menduduki takhta.
Rahim Tambi Chik, sewaktu menjadi KM Melaka meminta agar panggilan
`patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan Sultan dihentikan,
memadai dengan hanya menyatakan `Saya Tuanku". Ungkapan biadap tokoh
yang kontroversi dengan gadis bawah umur ini rakyat tidak dapat
lupakan. Rujuk kembali BH bertarikh 03 Feb 1993.
Siapa yang cabar Sultan Kelantan agar turun takhta? Lupakah kita?
Berlaku pada tahun yang sama iaitu tahun 1993. Zahid Hamidi yang tidak
mahu ke Perancis sebagai saksi kes Scorpene, ini lah tokoh yang mencabar
Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan
waris yang sah, katanya. Jika anda lupa, rujuk kembali BH bertarikh 11
Feb 1993.
Bapak segala penderhaka Raja iaitu Mahathir Kutty pula mendakwa
Raja-Raja tidak henti-henti meminta daripada kerajaan. Rujuk BH
bertarikh 30 Jan 1993. Media BH bertarikh 23 Jan 1993 pula telah
mengaibkan Raja-Raja dengan tuduhan pesta arak di Istana dan
perempuan-perempuan cantik. Mengapa media ini terlalu berani? Tidak
lain tidak bukan adalah kerana pemimpin Umno waktu itu mengajarnya.
Sebenarnya, sebelum tahun 1993 lagi banyak kes pendurhakaan kepada
Raja-Raja ini telah dilakukan oleh pemimpin Umno. Saya tidak selesa
untuk mengimbas kembali kisah-kisah terdahulu dari ini kerana ada di
antara mereka yang telah meninggal dunia. Sekadar sebagai ingatan
kepada kita semua sejarah tidak boleh dipadam samasekali.
Tahun-tahun kebelakangan ini masih juga terdapat pemimpin Umno yang
terang-terang menunjukkan pendurhakaan kepada Raja-Raja. Kita masih
ingat kisah di dalam persidangan agung Umno pun mereka menghentam
Raja-Raja, contohnya pada tahun 1991 di mana Sultan Kelantan menjadi
mangsa mereka.
Harta Raja-Raja diminta disiasat. Siapa punya angkara? Media telah
mengaibkan Instusi Beraja dengan meletakkan di muka hadapan kehendak
perwakilan Umno waktu itu.
Apakah tidak durhaka namanya melarikan Puteri Sultan untuk bernikah?
Cuba tanya kisah ini kepada mantan MB Selangor Muhamad Muhd Taib seorang
pemimpin Umno.
Tentu masih segar di dalam ingatan kita, bagaimana cubaan hampir seluruh
Wakil Rakyat Umno di Terengganu untuk memboikot Majlis Angkat Sumpah di
Istana Terenganu bagi menabalkan Ahmad Said sebagai MB Terengganu.
Mereka mahu Idris Jusoh sebagai MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum
Tahun 2008. Maka, didirikan banner tertulis perkataan " Kami Ngak
Idris, Natang". Apakah yang mereka maksudkan `Natang' itu? Kepada
siapa ditujukan?
Perlantikan MB Perlis juga begitu. Lihat bagaimana Shahidan Kassim bertindak apabila Isa Sabu dipilih sebagai MB Perlis.
Terlalu sedikit di sini untuk dihuraikan kembali bagi menunjukkan
hebatnya Umno menderhaka kepada Raja-Raja. Terlalu jauh bezanya untuk
dibandingkan dengan sekadar nasihat dan ingatan dari YB Nizar selaku
rakyat biasa yang sayangkan Raja Melayu.
Umpama anak yang sayangkan
bapanya, si anak akan sentiasa menegur bapanya kalau didapati bapanya
tersilap laku. Anak yang tidak sayangkan bapanya akan membiarkan
bapanya melakukan apa jua dan si anak hanya mahu ampu dan bodek si
bapa./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.