KUALA LUMPUR 4 Jun - 2 Ahli Panel Siasatan Khas Perhimpunan BERSIH 3.0
hari ini mengambil keputusan untuk menarik diri berkuatkuasa serta
merta.
2 Panel tersebut ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve
Shim (gambar) dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas,
Datuk Medan Abdullah.
Kedua-duanya bakal membuat kenyataan rasmi berkaitan penarikan semula yang telah dilantik Kementerian Dalam Negeri itu.
Sebelum ini, pihak Kerajaan mengumumkan senarai enam ahli Panel
Penasihat Bebas dipengerusikan Bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar
bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu
negara pada 28 April lalu.
Selain 2 ahli panel yang menarik diri tersebut, turut dipilih
menganggotai siasatan ini termasuklah Pengarah Urusan Kumpulan Media
Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan
Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, dan Pakar Psikologi Universiti
Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.
Klpos
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.