Followers

Sunday, May 13, 2012

Ungkapan 'haram jadah' - PM Najib harus memohon maaf




Peneroka FELDA Marah Gila Najib Altantuya Gelar 'Haram Jadah'!!


Majoriti peneroka Felda berang dengan tindakan biadap perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan perkataan makian kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding  (FGVH).

Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, perkataan 'haram jadah' yang digunakan Najib langsung tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin, apatah lagi negarawan yang baik.

"Najib sangat terdesak dan panik dengan kebangkitan peneroka yang menuntut hak mereka hingga sanggup mencerca peneroka Felda.

"Ramai peneroka marah dengan kata-katanya. Adakah orang seperti ini masih mahu dipertahankan?," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Pada 8 Mei lalu, Najib menghamburkan perkataan biadap 'Haram Jadah' sebanyak dua kali dan menyatakan pengkhianat tidak boleh menerima 'durian runtuh' yang diberi oleh Felda.

Kata-kata itu diucap di Felda Jengka 8, Pahang ketika mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka.

Bagaimanapun, kata Suhaimi, wang berkenaan merupakan umpan supaya peneroka bersetuju dengan penyenaraian FGVH, malah pembayaran sebanyak tiga kali yang dibuat juga mencurigakan.

"Semua peneroka Felda tahu ganjaran RM15,000 itu hanyalah umpan. Pelik rasanya bila dibayar secara berperingkat, sebanyak tiga kali.

"Kalau Najib yakin boleh menang, beri terus wang itu. Kenapa berperingkat? Kita bimbang janji tinggal janji. Kalau Barisan Nasional kalah kelak, baki wang tak dillunaskan," kata Suhaimi.

Kata Suhaimi, sebagai talian hayat Umno-BN, pengundi Felda terus diasak dengan taburan 'wang segera', semata-mata untuk mengekalkan sokongan.

Pada masa ini terdapat 54 kawasan Parlimen dan 96 Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan penempatan Felda di 317 tanah rancangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.