Ghani Othman hari ni macam yang dilaporkan Bharian
dengan yakin bagitau yang Johor akan terus jadi kubu kuat Umno. Ghani
bagitau yang UMNO dan BN masih menjadi parti kukuh yang mendapat
sokongan padu sebahagian besar rakyat Johor.
Dia bagitau macam tu dalam program Larian Bendera sempena sambutan 66 tahun Umno. Bharian melaporkan program tu dihadiri 3,000 orang ahli Umno dari Johor dan Melaka.
Di Plaza Angsana Johor Bharu pulak berlangsung dengan aman Himpunan Tanah Rakyat yang dianjurkan oleh Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang mStar melaporkan cuma dihadiri 500 orang walaupun katanya penganjur sasarkan kehadiran 30,000 orang.

Kalau ikut congak biasa media yang dikuasai Umno ni, kalau program yang
pro Pakatan Rakyat jumlah kehadiran kena tambah satu angka kosong
dibelakang angka kehadiran yang dilaporkan. Kalau program yang Umno BN
pulak anjurkan nak kena buang satu angka kosong dibelakang angka yang
kehadiran yang dilaporkan.
Maknanya, mungkin kehadiran sebenar program Larian Bendera Umno tu cuma setakat 300 orang manakala kehadiran untuk Himpunan Tanah Rakyat mungkin mencecah 5,000 orang.
Betui ka dak aku taktau, lagipun Bharian dan mStar tak pulak siarkan gambar yang menggambarkan kehadiran macam yang depa laporkan tu.
Kalau tengok ke gambar kat bawah ni walaupun cuma dari satu angle, aku rasa angka sasaran 30,000 Himpunan Tanah Rakyat tu memang tentu punya tak tercapai, malah angka 5,000 pun mungkin dah cukup tinggi.
Cumanya, sebelum ni memang tak pernah lagi PAS dan Pakatan Rakyat mampu buat program himpunan macam ni dan kalau ikut standard Johor, Himpunan Tanah Rakyat ni pada aku memang boleh dianggap berjaya.
Bila dah sampai tahap Polis keluarkan statement akan ambik tindakan ke atas penganjur himpunan tu, menggambarkan Umno Johor memang rasa tergugat dan tak selesa dengan program himpunan tu.
Mungkin belum sampai tahap mampu tumbangkan Umno di Johor tapi dengan hanya baru sebulan lebih sikit saja sejak Salahuddin istiharkan akan bertanding di Johor pada aku satu perkembangan yang sangat baik untuk Pakatan Rakyat Johor.
Apa pun, kalau PAS dan Pakatan Rakyat Johor memang serius nak angkat Salahuddin Ayub jadi Menteri Besar Johor, banyak lagi yang kena PAS dan Pakatan Rakyat Johor kena buat.
Sumber imej : Nusajayakini

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/05/umno-johor-tergugat-dengan-himpunan.html#ixzz1u3Rw0Wzy
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.