Majlis peguam
Kelmarin dulu Majlis Peguam berjaya buat satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).
Dalam mesyuarat agung luar biasa tu Presiden Majlis Peguam sendiri, bawa satu usul iaitu mengutuk keganasan polis ke atas wartawan dan juga peserta masa himpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April lepas.
Usul tu disokong oleh 939 dari 1,270 ahli yang hadir, cuma 16 orang saja yang tak setuju dengan usul tu.
Selain tu mesyuarat agung luar biasa tu juga menggariskan 12 resolusi termasuk minta Menteri Dalam negeri dan ketua Polis Negara minta maaf kepada rakyat atas keganasan polis masa himpunan tu.
Memang Umno BN cukup tak puas hati dengan ketetapan mesyuarat Majlis Peguam tu yang secara terang kutuk kerajaan dan sokong Bersih 3.0
Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer.
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja.
Hubungi PakDin 019-5672201
Tapi nak buat macamana, Majlis Peguam adalah satu-satunya organisasi yang menghimpunkan semua pengamal undang-undang di negara ni.
Pasai itulah semalam Nazri Aziz setuju dengan cadangan nak ujudkan satu lagi organisasi lain untuk para peguam. Cadangan tu rasanya Nazri nak tiru cara penjajah British yang gunakan kaedah pecah perintah.
Yang lawaknya Nazri Aziz siap bagi alasan lawak, kononnya organisasi baru tu perlu ada pasai Majlis Peguam tak mewakili golongan yang ada kelulusan undang-undang tapi tak praktis undang-undang. Depa yang tak boleh jadi ahli Majlis Peguam ni pun boleh jadi ahli organisasi batu tu.
Juga untuk bagi nampak rasional lagi, Nazri juga kata Majlis Peguam dimonopoli oleh golongan tertentu pasai guna sistem pemilihan cara pos. Mungkin dia lupa yang ahli Majlis peguam tu semuanya peguam. kalau cara tu tak betul takkan depa semua tu bangang.
Yang kurang ajarnya Nazri ni bila diminta ulas pasai ketetapan EGM Majlis Peguam yang mintak Menteri Dalam Negeri dan ketua Polis Negara minta maaf, Nazri boleh kata yang pihak berkuasa tak buat salah apa-apa.
"Jangan mimpi, esok matahari terbit di timur, kita tidak akan meminta maaf. Jangan mimpi. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh kita. Dia patut bubarkan (Majlis Peguam) kerana mendatangkan malu besar pada profesion dia.
Susah sangat lawan sayalah (dalam pilihan raya)...kalau tidak anda hanya penakut, bacul," katanya. - mStar.
Apa pun, yang paling lawak sekali Nazri siap bagi cadangan untuk organisasi baru tu, Akademi Undang-undang.
Mungkin dia dia ni peminat setia Akademi Fantasia kut... Hahaha...
mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Berkaitan
BERSIH: Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam didakwa - Bharian
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Cenangau Daunkari
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/05/umno-bn-nak-guna-kaedah-pecah-perintah.html#ixzz1uiuOugHE
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.