Bacul dan
pengecut itulah ungkapan yang sesuai kepada golongan yang tidak
bertanggungjawab merosakkan harta benda orang lain tanpa memikirnya
dengan keadaan waras.
Golongan yang biasa terlibat ini dinamakan
vandalisma yang tidak boleh melihat keadaan itu dalam keadaan baik atau
sempurna serta keinginan untuk merosakkan hak orang lain ini satu
tindakan tidak bertanggungjawab.
Vandalisma ini bukan sahaja berlaku dalam arena politik semasa namun
vandalisma juga berlaku seperti merosakan harta benda wama tanpa sebab
kecuali untuk memuaskan nafsu semata-mata atau kerana ingin tunjuk
kekuatan kepada orang sekeliling bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja
tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Vandalisma
politik pula merujuk sesebuah parti tidak senang melihat lawannya gah
dengan adanya bahan kempen atau publisiti. Bagi merosakkan imej sesuatu
parti itu, maka unsur-unsur jahat dan vandalisma inilah yang menyebabkan
berlaku seperti dalam gambar di atas. Politik di Malaysia boleh
disifatkan politik "Engkau sahaja yang boleh siar, orang lain tidak
boleh".
Apa gunanya berpolitik jika tidak mahu ada pihak lawan yang dinamakan
status quo? Politik yang bijak adalah melontarkan idea yang bernas
supaya rakyat menilai dan bukannya politik vandalisma ala-ala budak
sekolah menengah.
Tidak senang dengan kemasyuran seseorang makan
rosaklah kemasyuran itu ditangan yang jahil.
Apakah ini salah mereka yang melakukan vandalisma atau salah pemipin
yang gagal mencorakkan nilai-nilai beretika dan beradab dalam kehidupan
seharian?
Untuk apa kita berpolitik sekiranya ada perosak yang sering
merosakkan harta benda. Ibarat sawah padi yang rosak padinya kerana
seekor tikus~PAS MELAKA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.