Followers

Thursday, May 3, 2012

Tun Mahathir turun padang berkempen? Oleh: anaabdullah


"Marah pada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Mahathir Mohamad  boikot kempen pilihanraya Dun Sungai Pinang negeri Sembilan tidak lama dulu.

Bukan setakat itu saja, Tun Mahathir Mohamad keluar umno dan masuk semula setelah Tun Abdullah meletakkan jawatan perdana menteri dan menyerah presiden umno kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Demikianlah marahnya bekas perdana menteri kepada perdana Menteri ke 5 yang menggunakan alasan bahawa Tun Abdullah membenarkan  rasuah berleluasa zaman memerintahnya.

Kebetulan calon yang bertanding di DUN Sungai Pinang, Tan Sri Isa Samad yang terbabit dan telah disabit melakukan rasuah.

Betul ke begitu, sehingga Tun Mahathir bertindak keluar umno dan telah berikrar tidak akan masuk semula sekiranya Tun Abdullah tak letak jawatan.

Persoalan yang timbul Adakah zaman dia memerintah selama 22 tahun itu tiada rasuah atau rasuah zaman pemerintahan Datuk Seri Najib sudah hapus atau indeknya turun mendadak membuat Tun Mahathir turun berkempen.

Kini Tun Mahathir turun padang untuk berkempen bagi pihak perdana menteri 1 malaysia. Bukan setakat berkempen, malahan telah menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sedemikian rupa.

Kita tidak hairan dengan fitnah yang dibuat Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim dikebanyakan bicara negarawan, kerana fitnah itu adalah ujian kepada seseorang manusia diatas muka bumi Allah ini.

Saya tengok Anwar sudah lulus beberapa ujian dan mungkin banyak lagi fitnah untuk menguji Anwar Ibrahim yang dikatakan bakal perdana menteri ke 7 selepas PRU 13 nanti.

Tun Mahathir Mohamad, dalam majlis bicara negarawan anjurkan Yayasan Islam Terengganu di Stadium tertutup Gong Badak Kuala Terengganu pada 3 Mei 2012 Jam 9.00 pagi mengulangi fitnah terhadap Anwar.

Tun Mahathir yang mengaku idolanya ialah Nabi Mohammad SAW tak wajar melakukan fitnah pada seseorang. Apa tah pada Anwar Ibrahim tokoh yang beliau sanjung dulu itu.

Nampak dengan jelas Tun Mahathir cuba dengan sedayaupaya dan bekerja keras berkempen untuk menburuk buruk reputasi Anwar dan membersihkan nama Najib yang tercalar imejnya.

Disamping itu, tidak ketinggalan disentuhnya  juga pasal hukum hudud yang diluluskan enakmennya oleh kerajan Kelantan.Kita tidak tahu mengapa Tun Mahahthir sangat tidak berkenan  dengan hukum Allah.


Tranungkite Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.