Followers

Tuesday, May 8, 2012

Skandal Scorpene: Media Rejim Terus Membisu Rasuah RM3 Bilion!




Pendedahan demi pendedahan skandal komisen kapal selam Scorpene yang terus terbongkar di media arus internet nampaknya tidak mampu menambat hati media rejim yang sengaja menyorokkan berita tersebut di dada akhbar mereka.

Sebaliknya skandal fitnah tak berkesudahan yang sama sekali tak masuk dek akal pula yang mengambil tempat di ruang utama.


Apakah media rejim sudah ketandusan isu sehingga tergamak mencaci dan menabur fitnah yang tiada bukti sahih sebagai bumbu melariskan jualan akhbar mereka?


Kedudukan rejim yang semakin terdesak mempertahankan kuasa akan terus dieksploitasikan semahu-mahunya demi menutup kebenaran yang sudah terdedah satu-persatu.


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar media arus perdana di Malaysia untuk menyiarkan berita dan maklumat mengenai skandal kapal selam Scorpene serta dakwaan rasuah USD1 bilion terhadap Perdana Menteri Malaysia yang sedang hangat dibicarakan di mahkamah Perancis.


Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, ini sekiranya media-media utama negara ini benar-benar bebas dari kongkongan Umno BN.

Bagi DPPM, ujarnya berita mengenai skandal ini lebih penting untuk difokus kerana ia melibatkan maruah pemimpin tertinggi negara.

“Maklumat dan berita ini amat berharga memandangkan faktanya diyakini benar kerana sedang dalam proses pendakwaan di mahkamah,” katanya lagi.

Menurutnya, mustahil mahkamah Perancis mengambil fakta berbaur fitnah yang tidak ada nilai kerana mereka mempunyai kredibiliti yang perlu dijaga.

Beliau berkata, ia lebih baik daripada berita fitnah mengenai aksi lucah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

DPPM hairan, kata beliau mengapa tidak sedetik pun media perdana di Malaysia memaparkan berita seperti itu sedangkan media antarabangsa sedang heboh membicarakannya.

“Mungkinkah media-media telah diarahkan oleh kerajaan untuk menapis dan tidak menayangkan walau sesaat berita ini supaya rakyat di negara ini tidak tahu menahu berita mengenainya?” soalnya.
 
Sebaliknya, ujar beliau agak pelik apabila media diberikan ‘lampu hijau’ untuk memaparkan berita fitnah berunsur lucah terhadap pemimpin PR.

“Adakah ia bagi mengalih isu utama yang sedang membelit pemimpin negara?

“Jika fakta ini benar, DPPM berasa amat kecewa kerana media di negara ini masih diperkudakan sedemikian rupa demi kepentingan pihak penguasa,” ujarnya lagi.

Ini, katanya menunjukkan bahawa demokrasi di Malaysia hanyalah khayalan yang diimpikan.

Justeru, tambah beliau tidak hairanlah jika rakyat sanggup bangkit berhimpun bagi mendesak sebuah sebuah demokrasi yang yang tulen.

Akhirnya, kata Riduan DPPM menegaskan bahawa tugas media adalah memaparkan kebenaran untuk maklumat dan pengetahuan rakyat.
 
“Kebenaran perlu disingkap meskipun ia amat pahit untuk ditelan dan melibatkan pemimpin tertinggi negara,” katanya.

Beliau berkata, media perlu dibebaskan dari pengaruh mana-mana pihak supaya mereka dapat membuat liputan secara adil.

Tegasnya, DPPM yakin, media akan mendapat kebebasan sepenuhnya hanya jika Pakatan Rakyat memerintah kelak.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.