KUALA LUMPUR:
Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal
menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri
Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500
juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau.
Inkuiri
berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang
cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba
membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya
Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada
2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut
Malaysia.
Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.
Kontrak
tersebut dimeterai ketika Najib masih menjadi Menteri Pertahanan dan
perhatian khusus diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh kawan
karib dan penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda.
Pegawai
berkuasa Perancis telah memaklumkan bahawa mereka sangat berminat
terhadap dua bayaran yang dibuat oleh pembuat senjata Perancis.
Satunya berjumlah Euro 114 juta yang dibayar kepada syarikat Malaysia bernama Perimekar untuk kemudahan pengangkutan.
Pada waktu itu, Perimekar dalah dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.
Pihak
majistret Perancis juga ingin mencari kebenaran di sebalik pembayaran
Euro 36 juta kepada sebuah syarikat bernama Terasasi, yang pada asalnya
dikorporatkan di Malaysia sebelum dipindahkan pendaftarannya ke Hong
Kong, di mana berdasarkan Asia Sentinel adalah antara 142 syarikat yang
mendaftar di Wan Chai.
Pengarah berdaftar Terasasi adalah Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.
Persoalan
mengenai pembelian kapal selam menjadi hangat dan tajam pada Oktober
2006 selepas cebisan mayat model Mongolia dan penterjemah Altantuya
Shaariibuu dijumpai di hutan di luar Kuala Lumpur.
Beliau telah ditembak di kepala dan terdapat cubaan untuk memusnah mayat beliau dengan bom C4 milik tentera.
Altantuya
merupakan bekas kekasih Razak Baginda dan beliau kali terakhir dilihat
di luar rumah kekasihnya yang menimbulkan situasi tidak senang.
Beberapa
tahun yang lalu, Altantuya merupakan seorang model di Perancis dan
pada2004 beliau mengiringi Razak Baginda sebagai penterjemah semasa
beliau merunding kontrak Scorpene.
Dalam
satu surat tulisan beliau yang dijumpai selepas beliau dibunuh,
menyatakan beliau ingin berdepan dengan Razak Baginda dan menuntut USD
500 juta sebagai harga untuk menutup mulut beliau dalam kontrak
pembelian Scorpene.
(Aktivis Suaram dan peguam mereka [kanan sekali] di Perancis)
Kes ini tidak dapat diendahkan oleh mahkamah Malaysia, yang dikuasai golongan politik.
Walaupun
Razak Baginda dan dua orang bekas pengawal Najib, Azilah Hadri dan
Sirul Azhar Umar didakwa dengan pembunuhan, keputusan kes tersebut
adalah pincang dan tidak menjawab banyak persoalan.
Dalam
satu drama mahkamah yang menakjubkan, Razak Baginda tidak dipanggil
untuk menjawab tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, dan dilepaskan dan
kini tinggal di Britain.
Para
pengawal peribadi Najib telah menerima padah dan telah dijatuhkan
hukuman mati. Mereka sedang dalam proses rayuan tetapi pendengaran telah
ditangguhkan.
Spekulasi
berkata pendengaran itu tidak akan berlaku sehingga lepas pilihanraya
umum yang bakal tiba, dijangka Jun, di mana jika Najib dan kerajaannya
mengekalkan kuasa, dijangka satu cara akan difikirkan untuk membalas
kesetiaan pengawalnya.
Selepas
gagal mendapat penyiasatan penuh ke atas skandal Scorpene di Malaysia,
ramai aktivis hak asasi manusia dan keluarga Altantuya telah meletakkan
harapan kepada penyiasatan Perancis.
Namun
demikian, terdapat sedikit kekecewaan apabila mengetahui bahawa hakim
Le Loire dan Tournaire hanya boleh menyiasat tuduhan rasuah dan bukan
pembunuhan Altantuya.
Akan
tetapi, 10 hari yang lepas, Suaram Malaysia telah diberikan kebenaran
untuk memberikan penerangan kepada hakim secara peribadi.
Jurucakap
Suaram berkata mereka telah menceritakan skandal Scorpene ini daripada
konteks politik Malaysia dan memberikan hakim senarai saksi-saksi yang
dikehendaki.
Antara
senarai itu ialah Razak Baginda, dan telah ada laporan bahawa hakim
akan cuba mengeluarkan subpoena terhadap beliau daripada Britain.
Tetapi akan ada yang tidak mengendahkan senarai itu, termasuk nama Najib.
Namun
begitu, ayah Altantuya, Setev Shaariibuu berkata beliau ingin ke
Perancis daripada Mongolia dan percaya perbualan terakhir bersama anak
perempuannya akan dapat menghubungkan segala titik yang tergantung dalam
skandal Scorpene ini kepada hakim di sana.
----------------------------------
Berita ini diterjemah secara bebas daripada Vancouver Sun.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.