Durian runtuh RM1.69b untuk peneroka
[UM] MARAN 8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.69 bilion kepada kira-kira 112,000 peneroka di seluruh negara iaitu RM15,000 bagi setiap keluarga berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Menurut Perdana Menteri, RM5,000 akan diberi kepada peneroka dan masing-masing RM5,000 lagi kepada isteri dan generasi kedua dengan agihan akan dibuat dalam tiga fasa.
Katanya, fasa pertama agihan akan dibuat sebaik sahaja pengumuman dibuat.
“Peneroka dapat, isteri peneroka dapat, anak peneroka pun dapat dalam durian runtuh penyenaraian FGVH.
“Satu lagi ialah `durian gugur’ iaitu sebanyak 20 peratus saham kita masukkan dalam tabung amanah yang dividennya kita bagi kepada keluarga peneroka," katanya pada majlis himpunan bersama warga peneroka di Felda Jengka 8 hari ini.

P/s: Orang berpendapatan rendah sudah menerima habuan RM500; kakitangan awam sudah tersenyum dengan kenaikan gaji pokok, elaun, kenaikan tahunan; golongan pelajar sudah menerima baucar RM200, RM100, orang India/Sikh/Cina juga sudah digula-gulakan dengan pelbagai janji, kini Najib mengumumkan habuan untuk peneroka Felda.
Dari mana sumber RM1.6 bilion itu? Durian runtuh atau pinjaman.
Berdasarkan laporan MK, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman mendakwa 'durian runtuh' yang bakal diterima peneroka berkemungkinan pinjaman yang bakal ditanggung oleh peneroka. .
"Ia bukan durian runtuh tetapi pinjaman," tegas Mazlan seperti dipetik oleh MK.
Itu satu hal.
Yang pasti, momentum habuan dan gula-gula ini tidak akan bertahan lama, maklumlah bak kata Che Det, "Melayu mudah lupa". Jadi, rasa-rasanya, PRU13 akan berlangsung Jun ini. Tambahan pula, modal untuk melabur pun sudah kering.
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.