Followers

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT MENYAMBUT "HARI GURU"

Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru seluruh dunia dan semua guru di Malaysia khasnya yang tanpa jemu-jemu mengasuh, mendidik dan mencurah ilmu, bakti dan keringat.  
  
Walau siapa pun kita dari Raja hingga ke pembantu pejabat, peranan guru amat hebat. Jasa sumbangan guru dalam pendidikan modal insan negara amat besar dan sentiasa diingat....

Sekarang ini, pelbagai berita yg kita boleh dikira sebagai keadaan di mana martabat guru cuba direndahkan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Memang ada segelintir guru yg membuat onar tetapi sebahagian besar menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa dgn baik sekali.

Justeru, sempena Hari Guru, kita perlu kembali mengenang jasa guru yg banyak membantu agama, bangsa dan negara. Hal ini bertepatan dgn saranan Baginda SAW yg mengajar umatnya agar sentiasa ringan mulut utk mengucapkan 'terima kasih' kpd sesiapa saja yg berbakti kpd mereka. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Tidaklah berterima kasih kpd Allah SWT sesiapa yg tidak berterima kasih kpd manusia." (Hadis riwayat Bukhari).

Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dlm menyampaikan ilmu yg bermanfaat kpd anak didiknya akn melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT yg bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yg kamu kerjakan sebagai bekalan utk diri kamu, tentulah kamu akn mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yg sebaik-baiknya dan yg amat besar pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20). Rasulullah SAW juga bersabda yg bermaksud: "Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim).

Secara peribadi ana ingin mengucapkan selamat hari guru kpd guru-guru ana di sekolah. Semoga Allah memberikan nikmat kesihatan yg melimpah ruah kepada mereka semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.