12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SHAH
ALAM 4 MEI : Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk
tidak hadir ke mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal
selam Scorpene akan memberikan impak yang besar terhadap kredibiliti
pemimpin tertinggi negara tersebut di mata dunia.
Selain
itu tindakan tersebut juga akan memberikan gambaran yang menunjukkan
beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab, tidak amanah dan
menyalah guna kuasa.
MP
Shah Alam, Khalid Samad berkata keengganan itu juga akan membuktikan
Najib sebenarnya terlibat dalam skandal terbabit seperti yang didakwa
sebelum ini.
“Ianya
akan menimbulkan andaian dan tanggapan banyak pihak bahawa beliau
sebenarnya bersalah dan terlibat dalam amalan rasuah itu,” katanya
ketika ditemui.
Beliau
berkata apabila kerajaan Perancis mengambil tindakan seperti itu, ianya
menunjukkan satu usaha yang baik untuk menangani masalah rasuah
termasuk amalan kontraktor dan pembekal membayar pihak tertentu untuk
mendapatkan kontrak.
“Walaupun
ianya boleh menguntungkan ekonomi mereka tetapi kerajaan Perancis tidak
mahu amalan itu dilakukan oleh kontraktor dan pembekal Perancis kerana
bagi mereka jika mahu mendapatkan kontrak sekalipun biar atas sebab
merit bukan atas sebab rasuah,” katanya.
Justeru,
Najib dan kerajaan pusat sepatutnya memberikan sokongan yang sepenuhnya
untuk membantu kerajaan Perancis itu untuk menentukan amalan
perdagangan yang bersih dan bebas rasuah.
“Dalam
usaha seperti itu, walaupun kerajaan Perancis mendapatkan keuntungan
dari segi ekonominya kerana kontrak itu tetapi usaha yang murni itu
sepatutnya Najib memberikan sokongan penuh.
“Hal
ini juga akan menunjukkan jika kita ingin bersaing di pentas
antarabangsa, ekonomi syarikat-syarikat kita tidak akan mampu bertahan
kerana budaya rasuah menjadi amalan,” katanya.
Sehubungan
itu katanya, tiada sebab untuk Najib enggan hadir ke mahkamah Perancis
kerana ianya melibatkan keuntungan ekonomi negara kita masa akan datang.
“kalau
mahu membeli barang, tidak perlu rasuah orang dan tidak payah beli
dengaan harga yang tinggi. Kalau dikatakan ianya menjadi satu amalan
biasa maka akhirnya ekonomi kita juga akan terjejas kalau nk bersaing di
pentas antarabangsa pun kita akan kalah.
“Sememangnya
di negara kita wujud keperluan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian
tetapi mengapa kerajaan perlu membayar dengan harga yang tinggi,”
katanya.
Semalam,
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata
Perancis-Malaysia mendakwa menemui bukti bahawa menteri pertahanan
ketika itu, Datuk Seri Najib Razak meminta AS$1 bilion (RM3 bilion)
untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat
kapal Perancis DCN.
Menurut
kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram, terdapat satu faks
menunjukkan bahawa Najib didakwa meminta jumlah itu untuk Perimekar
sebagai syarat bagi mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai
2001.
Faks bertarikh 1 Jun 2001 dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.
Dokumen
itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas
oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.
Malah,
Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika
saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.
Menurut
peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO Suaram dalam aduan
awam berhubung dakwaan membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam
urusniaga pembelian senjata, “amaran merah” boleh dihantar kepada
Interpol sebagai langkah terakhir.
“Jika
saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan
notis mandat d’amener, memaksa saksi hadir di mahkamah.
“Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.
“Waran
tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin
diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu,” katanya.
Bulan
lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau
atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di
Perancis itu.
Zahid
dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram,
yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire.
selangorku/-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.