[Video-PANAS] Ingat Pemimpin UMNO Perak Mengamuk: Hidup DAP, Alllahuakbar...Lepas Itu MENANGIS Pohon Kemaafan daripada UMNO
DCM tidak komen lebih-lebih pun
apabila Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin meroyan kerana
menghadapi masalah dengan projek pasirnya.
Dek kerana marah, Zamhuri tanpa
berselindung telah membongkarkan gejala rasuah yang berlaku dalam
pentadbiran kerajaan negeri sehingga mendakwa sesetengah pemimpin dan
kakitangan agensi kerajaan perlu disogok dengan wang, hiburan,
termasuklah perkhidmatan amoi dari Thai.
Dek kerana marah juga, malaon ini
mengeluarkan kenyataan untuk keluar UMNO dan sanggup bertempik "Hidup
DAP", "Allahuakbar". Dia juga menegaskan kerajaan BN sedia ada di Perak
harus ditukar.
Apa yang berlaku selepas kejadian amukan itu?
Akhirnya si malaon ini menangis
teresak-esak memohon maaf daripada UMNO kerana meroyan tanpa kawalan.
Dia bertaubat kerana telah berdosa kepada UMNO. Sama ada malaon ini
dipujuk secara lembut atau secara keras, bukanlah persoalan.
Cuma yang saya kesal, DS Nizar
telah "diperdaya" oleh lakonan projek pasir malaon ini. Agak
mengecewakan apabila DS Nizar datang dari jauh untuk memberikan
sokongan kepada malaon ini.
Oleh itu, beberapa kejadian
termasuk peristiwa ADUN dan AP yang melompat memberikan pengajaran
kepada pemimpin PR agar berhati-hati menerima atau menyokong pemimpin BN
yang terdesak atau terpinggir.
Hal ini demikian kerana pada bila-bila
masa orang ini akan kembali melutut kepada parti mereka dan sanggup
menjilat ludah sendiri.
-Duniacacamarba-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.