Followers

Monday, May 21, 2012

Polis Hantar 6 Buah Kereta Peronda Semata-Mata Hantar Notis Saman Kepada Anwar Dan Azmin? - Posted by Addin

 
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebentar tadi menerima surat saman meminta kedua-dua mereka supaya hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 9 pagi esok.
 
 Anwar dan Azmin diminta hadir ekoran keganasan yang tercetus semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka. 
 
Adalah dipercayai ia berkaitan juga dengan isu arahan supaya peserta himpunan bersurai secara aman sebelum polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan pancutan air kimia hingga menyebabkan kelam kabut berlaku sehingga jam 6 petang.
Masih belum dapat dipastikan akta mana yang akan digunakan untuk mendakwa kedua-dua mereka kerana masih berbincang tindakan seterusnya.
 
 

Sementara itu, ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya dikejutkan dengan kehadiran enam buah kereta peronda polis hanya semata-mata mahu menghantar dua notis saman ke atas kedua-dua pemimpin PKR tersebut.

Insiden tersebut seolah-olah Anwar dan Azmin adalah penjenayah besar Umno-APCO yang mesti diberkas! ~ jalanpulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.