Followers

Saturday, May 12, 2012

PKR Lupakan Perbezaan Politik, Selamatkan Bas Umno Kemalangan!

Demi keselamatan nyawa, sekumpulan pemimpin dan ahli KEADILAN cabang Rembau, melupakan perbezaan politik.
...See More
PKR Lupakan Perbezaan Politik, Selamatkan Bas Umno Kemalangan!
 
Demi keselamatan nyawa, sekumpulan pemimpin dan ahli KEADILAN cabang Rembau, melupakan perbezaan politik.

Mereka membantu menyelamatkan penyokong Umno yang terlibat dalam kemalangan bas kira-kira jam 4 pagi tadi sementara menunggu ambulans dan bomba tiba di lokasi kejadian.(gambar hiasan)

Mereka diketuai Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard yang juga ketua cabang KEADILAN Rembau.

Kemalangan dipercayai berlaku berhampiran susur keluar Plaza Tol Rasah membabitkan dua bas yang membawa penyokong Umno Terengganu ke perhimpunan di Bukit Jalil.

Bas itu dikenal pasti membawa penyokong Umno berdasarkan pelekat berlogo parti pemerintah pada kenderaan berkenaan.

Mengikut Badrul Hisham, bas berkenaan dikatakan melanggar belakang lori yang bergerak perlahan, menyebabkan sebahagian mangsa tercampak.

"Ambulan dan bomba baru tiba. Ada yang tercampak keluar bas. Kami antara yang membantu juga panik banyak darah. Banyak bas Umno lain turut berhenti," tulisnya melalui twitter.

Beliau menyedari kemalangan itu ketika pulang dari program Pakatan Rakyat di Johor.

Sebaliknya, mereka dimaki hamun kerana mempertikai bas berkenaan dinaiki penyokong Umno tetapi ditempelak Chegubard: "Ya kami lawan dan benci Umno tapi peribadi kemanusiaan kami tak hilang..."
jom citer citer di facebook,
 
 
By: Bus Man

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.