Tarikh Pilihanraya Umum – Petanda-Petanda Penting
Spekulasi-spekulasi telah berlarutan selama beberapa bulan mengenai bilakah Najib akan memberanikan dirinya untuk mengumumkan tarikh pilihanraya. Ramai yang percaya bahawa tarikhnya adalah hari ini, hari Isnin, dan hari pembuangan undi akan diadakan pada 9hb Jun nanti.
Namun, adakah Najib akan menggunakan peluang sempena penganjuran kempennya ketika dia di Kubah 02 di London? Tetapi kami mengajak pembaca untuk meneliti petanda-petanda lain yang lebih meyakinkan. Tunggu sehingga kesemua kroni perniagaan Taib mula berkunjung ke kediaman rasminya di Demak Jaya yang akan datang berduyun-duyung menjinjing beg-beg berisi wang di dalam kenderaan pacuan 4-roda mereka!
Inilah masanya kita akan tahu bahawa BN sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya!
‘Kami berbaris membawa beg-beg berisi wang yang besar jumlahnya!’
Para pemberi maklumat kami kini sudah tahu benar akan tatacara setiap kali Taib membuat persediaan untuk menghadapi pilihanraya di Sarawak. Ini kerana pada ketika inilah Taib akan meminta berjuta-juta ringgit dari sumber-sumber perniagaannya yang telah diberikannya kontrak-kontrak dan konsesi-konsesi.
Kami difahamkan bahawa Taib sentiasa menghendakkan wang-wang kertas terpakai untuk dibawa dalam beg-beg masuk ke rumahnya! Kebanyakan wang itu kemudiannya akan diterbangkan menggunakan pesawat eksekutifnya ke Singapura, untuk diedar-edarkan kepada rakan-rakan politiknya yang ingin dia sogok. Rakan-rakan politiknya itu biasanya ketua-ketua parti politik yang dia ingin kekalkan dalam pakatan BN!
Pemberi maklumat kami percaya bahawa bos-bos dari syarikat-syarikat yang dipanggilnya menjelang setiap pilihanraya datangnya dari syarikat-syarikat pembalakan, perladangan dan binaan yang terkenal: Rimbunan Hijau, KTS, WTK, Shin Yang, HSL, Samling yang boleh dikategorikan sebagai ‘kontraktor emas’, yang sentiasa diharapkan dapat menyumbangkan jumlah yang banyak untuk mengekalkan status mereka setiap kali pilihanraya selesai.
Seorang pegawai kanan sebuah syarikat telah mengakui bahawa dia pernah membawa RM50 juta wang kertas pada pilihanraya yang lalu, menyerahkan wang itu secara peribadi kepada Taib dalam keadaan yang amat memalukan, “Para peniaga yang lain juga turut berbaris untuk menunggu giliran di belakang saya untuk tujuan yang sama pada hari itu”, katanya, menceritakan betapa malunya dia ketika itu.
Sogokan dan rasuah BN
Kami juga difahamkan bahawa wang yang disumbangkan oleh para kroni-kroni Taib itu bukan hanya untuk menyogok para pengundinya yang miskin, namun sebagai bayaran kesetiaan mereka selaku rakan-rakan politiknya.Apakah dan di manakah letaknya nilai moral para ahli politik kaum Dayak di mana mereka sanggup menjualkan maruah kaum mereka sendiri sebagai balasan pada pangkat dan kedudukan dari Taib, namun mereka juga inginkan sogokan bernilai berjuta-juta ringgit setiap kali musim pilihanraya?
Ahli perniagaan yang telah menceritakan pengalamannya tadi juga percaya bahawa baki yang lebih banyak dari sogokan itu akan disimpan oleh Taib sendiri!
Terlepas dari kawalan
Pada hakikatnya, walaupun perkara-perkara ini dirahsiakan, dan kini diketahui, dan kini mulai dapat kami dengar, adalah merupakan suatu petanda bahawa sistem rasuah Taib telah mencapai tahap hilang kawalannya.
Sahlah selama ini Ketua Menteri itu sememangnya membeli sokongan rakan-rakan politiknya dengan
harga yang amat tinggi! Ini adalah suatu petanda bahawa kesetiaan yang ikhlas telah lama diabaikan oleh seorang diktaktor yang semakin tua dan uzur itu.Lagi pun, inilah situa yang pernah berjanji untuk menarik diri menjelang pilihanraya yang lalu, sebagai mana yang pernah dia janjikan dalam tahun-tahun 1990-an dahulu!
Kini jelaslah, Taib telah berpaut pada kekuasaanya dengan menggunakan sogokan yang disumbangkan oleh kroni-kroni tuanya sejak 30 tahun lalu dan juga memerah mereka untuk menyogok rakan-rakan politiknya dan juga merasuah pengundi-pengundi yang miskin.Inilah, pada asalnya, wang yang telah dirompak daripada para pengundinya, menerusi konsesi-konsesi haram dan juga kontrak-kontrak kerajaan yang telalu tinggi. Pentadbiran kerajaan pimpinan Taib telah mengeringkan sumber kekayaan negerinya sendiri menggunakan sogokan dan rasuah.
Maka, perhatikanlah kunjungan orang-orang dalam kenderaan pacuan 4-roda melalui pintu pagarnya. Itu adalah tandanya hari keramat yang anda nantikan untuk menghentikan perbuatan yang telah sekian lama membusuk.
Sumber : SarawakReport
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.