PADA waktu itu, penulis melihat jalan tersebut dipenuhi peserta
perhimpunan yang disuraikan daripada kumpulan besar di persimpangan
Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Penulis melihat peserta berkenaan menuhi kawasan kaki lima dan juga di te ngah jalan berkenaan. Ada di kalangan mereka mengambil peluang untuk menikmati kerepek, minuman dan aiskrim daripada penjaja di situ.
Kira-kira 15 minit kemudian satu trak FRU daripada persimpangan Jalan Perak- Jalan Tuanku Abdul Rahman mara ke arah peserta berkenaan yang bertempiaran melarikan diri.
Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah kenderaan Proton Waja Polis dari tengahtengah persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi yang meluru laju ke arah Dataran Merdeka.
Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menye babkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut. Penulis nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo.
Individu yang penulis lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.
Semasa kejadian mencemaskan itu berlaku, penulis tidak melihat seorangpun anggota polis lain berada di tempat kejadian.
Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut.
Penulis turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka.
Penulis juga men dengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu.
Beberapa orang di antaranya kemudian bertindak menterbalikkan kenderaan ke satu sisi dan memeriksa bahagian bawah kereta tersebut.
Penulis kemudiannya panik dan berlari ke bahagian tengah jalan semula kerana khuatir kereta yang terlibat dalam perlanggaran itu akan meletup.
Tidak berapa lama kemudian, penulis berpatah balik semula ke kawasan berhampiran kereta tersebut dan mendapati seorang lelaki yang cedera dengan berlumuran darah di kepalanya sedang diperiksa sekumpulan paramedik.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.