[Semakin dekat dengan Pilihanraya Umum Ke-13, maka semakin banyak bukti penyelewengan dan penipuan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berjaya di dedahkan oleh orang awam.
Terbaru, seorang
pengundi yang bernama Wong Kwan Moy berusia 159 berdasarkan tarikh
lahirnya pada 23 Ogos 1853 tapi masih berdaftar sebagai pemilih.
Beliau
yang memegang IC 530823-01-0010 itu didaftarkan mengundi di lokaliti
Jalan Ayer Panas, Ayer Panas Tengah parlimen Titiwangsa di Kuala
Lumpur.
Persoalannya sekarang, apakah pemilih terbabit wujud atau SPR
sebenarnya masih membenarkan namanya tersenarai tapi yang akan mengundi
nanti ialah orang lain (pegundi hantu).
Inilah yang menimbulkan
kemusykilan dan ternyata SPR masih belum buat pembersihan terhadap
daftar pemilih mereka.
Maka, bagaimanakah rakyat akan percaya SPR akan
berlaku telus dan adil bagi mengendalikan proses Pilihanraya Umum Ke-13
tidak lama lagi agaknya?].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.