KUALA LUMPUR 14 Mei: Biadap dan kurang ajar. Mungkin begitulah yang
dapat dihuraikan tentang sikap seorang Ahli Parlimen BN apabila mencarut
dan memaki hamun pengguna lain di twitter.
Ahli Parlimen berkenaan, Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) bukan
sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah bersikap kebudak-budakan
apabila menggunakan perkataan kesat di laman sosial itu.
Antara perkataan yang digunakan termasuk ‘anak haram’ ‘jahanam’
‘menyalak sampai mampus’ dan menggelar pengguna twitter yang menegur
atau menyindirnya sebagai ‘binatang’.
Antaranya berbunyi: “ANAK HARAM KO..JAHANAM DARI mana pula ni”,
“MENYALAK LAH KO..mcm ANJING..Aku peduli apa?” dan “KO LAH BINATANG tu”.
Malah beliau juga secara angkuh menyatakan dirinya calon boleh menang
selain percaya undinya akan bertambah pada pilihan raya umum akan
datang.
“PRU13 undi saya akan meningkat, ko tanding mana pula, berangan2 jadi yb
juga kah hahaha..kesihan,” antara kenyataannya dipetik di twitter yang
ditujukan kepada seorang pengguna lain.
Sikap kebudak-budakan Bung Mokhtar itu turut mencuri perhatian pengguna
di laman sosial itu yang menegur sikap beliau sebagai seorang pemimpin
dan wakil rakyat BN.
Mokhtar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN di
Parlimen sebelum ini sering mencetuskan isu kontroversi.
Antaranya beliau mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap wanita
dengan menyebut ‘bocor’, selain menunjukkan isyarat lucah di Dewan
Rakyat.
Tulisan Bung yang juga suami kepada pelakon terkenal, Zizie Ezzete ini
juga mencuri perhatian, ekoran perkataan kesat yang digunakan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melontarkan perkataan ‘Haram Jadah’
baru-baru ini.
http://www.keadilandaily.com/?p=30384
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.