KUANTAN, 6 Mei: Orang
ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB
Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan
sambutan orang ramai terhadap program tersebut.
Program yang bermula jam
9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat
Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir,
namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri
Najib Tun Razak (foto) itu telah mendapat sokongan padu dikalangan
rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
Tinjauan
krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai
amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika
beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang
dibawah kanopi yang disediakan.
"Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau
tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar.
Sepatutnya
kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat..
Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan
tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala
Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung.
Tambah
malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri
Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut
diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini
menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana
sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir.
Segala aktiviti yang
dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi
akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut
hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob,
barisan exconya dan lain-lain kenamaan.
Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir
Menipu dan terus menipu
Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu
Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan
Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora
[Sungguh
memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib
dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut
dengan hujan lebat dan ribut. Sebelum ini kejadian yang sama melanda
tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini
mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program
yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu.
Jika di Himpunan Bersih
3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan
"gas pemedih mata". Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan
lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak
polis di Bersih 3.0 itu dulu.
Kini bagai sudah ditakdirkan, program
Najib tidak menjadi dan hambar. Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan
yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. Sepatutnya,
kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan
pula ia melibatkan program Najib itu sendiri].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.